Skip to main content

Malaysia

Letupan di selatan Lubnan: Semua anggota MALBATT 850-13 selamat - Mohamed Khaled

KUALA LUMPUR, 12 Mac -- Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bercakap kepada media selepas Majlis Pengumuman Dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi Tahun Kewangan 2025 hari ini.  LTAT isytihar dividen 5.35 peratus, RM524.74 juta bagi tahun kewangan 2025, tertinggi dalam tempoh lapan tahun.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata insiden berkenaan berlaku susulan ketegangan antara Israel Defense Forces (IDF) dan Hezbollah di kawasan terbabit. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Tiada anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang cedera dalam beberapa insiden letupan yang dilaporkan berlaku berhampiran kawasan operasi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di selatan negara itu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata insiden berkenaan berlaku susulan ketegangan antara Israel Defense Forces (IDF) dan Hezbollah di kawasan terbabit.

Advertisement

“Kementerian Pertahanan melalui Markas Angkatan Bersama sentiasa memantau perkembangan semasa, khususnya di kawasan penugasan MALBATT 850-13. Keselamatan anggota kekal menjadi keutamaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Markas UNIFIL di Naqoura turut memantau keadaan secara berterusan serta mengeluarkan arahan kepada semua pasukan pengaman agar sentiasa berjaga-jaga.

“Langkah keselamatan tambahan telah dilaksanakan, termasuk rondaan berjadual, situational awareness serta komunikasi rapi antara unit,” katanya.

Beliau berkata MALBATT 850-13 terus melaksanakan tugasan di kawasan tanggungjawab dengan tahap kesiapsiagaan yang tinggi.

“Pihak kami akan terus memantau situasi semasa serta bekerjasama rapat dengan pihak UNIFIL dan rakan pasukan pengaman lain bagi memastikan keselamatan anggota sentiasa terpelihara serta tugasan yang diamanahkan terus dilaksanakan dengan baik,” katanya.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video