PUCHONG: "Saya nampak dua mayat dalam keadaan hancur," demikian kata seorang saksi kejadian letupan gas di sebuah kilang kejuruteraan dan elektrik, di Jalan Utama 2/26, Taman Perindustrian Puchong Utama.
Pengimpal di sebuah kilang besi yang hanya mahu dikenali dengan Chen berkata ketika kejadian, beliau sedang melakukan kerja kimpalan sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat.
Menyangkakan ia bunyi letupan mercun, lelaki yang berumur lingkungan 40-an itu kemudian keluar untuk melihatnya dan mendapati terdapat serpihan atap terpelanting ke atas pokok, selain kelihatan api sedang marak di kilang tersebut.
"Selepas itu, kami semua bergegas pergi tolong dan (saya nampak) dua orang yang mati di dalam itu (dengan keadaan) memang hancur... jadi saya takut nak masuk, cuma bantu di luar saja," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.
Pada kejadian kira-kira 10 pagi itu, dua dilaporkan maut manakala dua lagi cedera.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Subang Jaya Supt Mohd Fairus Jaafar mengesahkan dua lelaki warga asing yang terkorban dalam kejadian itu, ditemukan dalam keadaan tidak sempurna.
Beliau berkata siasatan bagi mengenal pasti punca letupan kilang berkenaan sedang dilakukan, selain turut menjalankan siasatan ke atas pemilik sekiranya terdapat sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) keselamatan.
"Hasil siasatan awal mendapati kilang kejuruteraan dan elektrik itu telah beroperasi selama 10 tahun dan mempunyai lesen perniagaan di bawah Majlis Bandaraya Subang Jaya.
"Keadaan selamat dari segi premis dan kawasan sekitar, namun kita tetap akan buat pemantauan dari semasa ke semasa," katanya.
Mohd Fairus berkata dua mangsa yang cedera kini sedang dirawat di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 23 2024
Pada kejadian kira-kira 10 pagi itu, dua dilaporkan maut manakala dua lagi cedera. - Gambar Bernama
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
JPJ laksana operasi, kesan syarikat, individu, sewakan kenderaan kepada warga asing tanpa lesen
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan operasi mengesan syarikat dan pemilik kenderaan yang menyewakan kenderaan mereka kepada warga asing yang tidak mempunyai lesen memandu sah serta insu
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Terpaksa tidur dalam lokap gara-gara tak bawa MyKad
Orang ramai dinasihatkan supaya membawa kad pengenalan diri ke mana sahaja destinasi yang hendak dituju.
Ops Bersepadu: APMM tahan 10 warga asing dengan bantuan MSU
Sebanyak 10 warga asing yang bekerja sebagai kru nelayan tempatan ditahan atas pelbagai kesalahan menerusi operasi bersepadu oleh APMM.
Kilang roti dan aluminium diserbu Imigresen, 52 warga asing ditahan
Serbuan secara berasingan itu, dilakukan sepasukan pegawai daripada Bahagian Penguat Kuasa, kira-kira pukul 11 pagi.
KPDN Selangor tahan dua warga asing disyaki terlibat sindiket seleweng diesel
KPDN Selangor menahan dua lelaki warga asing yang dipercayai terlibat sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah premis di sekitar Klang pada 11.30 pagi semalam.
Bekas pemain import Liga Super antara ditahan dalam Op Kutip
Bekas pemain import Liga Super antara yang ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan Puchong Mesra awal pagi Sabtu.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 35 warga asing
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 35 pendatang asing warga Filipina di perairan Kudat, petang semalam.
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.