awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Tekai
Rani Kulup ditidurkan di zon merah HUKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Libat urus PPN: "Saya telah bertemu UMNO, Pas, GPS dan Pejuang" - Tengku Zafrul

Fareez Azman
Fareez Azman
14/07/2021
11:02 MYT
Libat urus PPN: "Saya telah bertemu UMNO, Pas, GPS dan Pejuang" - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul juga bakal mengadakan beberapa lagi pertemuan dalam masa terdekat melibatkan parti-parti politik seperti DAP, PKR dan MCA. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan beliau telah bertemu pemimpin UMNO, Pas, GPS dan Pejuang dalam sesi libat urus Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Selasa.
Beliau yang juga Menteri Penyelaras PPN bakal mengadakan beberapa lagi pertemuan dalam masa terdekat melibatkan parti-parti politik seperti DAP, PKR, MCA dan lain-lain.
Tidak ketinggalan, kata beliau, siri pertemuan itu juga akan melibatkan pihak berkepentingan lain seperti dewan-dewan perniagaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Tengku Zafrul berkata, hasil daripada pertemuan itu, beliau menerima pelbagai pandangan serta idea daripada parti politik terutamanya melibatkan sektor kesihatan awam.
“Ya, banyak input diberikan oleh mereka. Kita ada input kesihatan mengenai bagaimana kita (perlu) perbaiki menambah baik apa kerajaan lakukan.
“Ada idea menolong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari segi sumber untuk vaksinasi dan juga bantuan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
“Saya rasa sesi libat urus dengan semua pihak agak bagus dan produktif,” kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di sini pada Rabu selepas mengadakan tinjauan gerai penjaja di Presint 9.
Topic Berkaitan
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#Menteri Penyelaras PPN
#UMNO
#PAS
#GPS
#Pejuang
#DAP
#PKR
#MCA
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#KKM
#Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan