Libat urus semua pihak di Myanmar langkah penting capai keamanan - PM Anwar

Anwar menyifatkan penglibatan langsung semua pihak berkepentingan utama di Myanmar dengan pemimpin ASEAN sebagai langkah penting ke hadapan dalam usaha menyelesaikan konflik berlarutan di negara itu. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Keputusan semua pihak berkepentingan utama di Myanmar untuk terlibat secara langsung dengan pemimpin ASEAN menandakan satu langkah penting ke hadapan dalam usaha menyelesaikan konflik berlarutan di negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penglibatan langsung semua pihak berkepentingan utama di Myanmar dengan pemimpin ASEAN sebagai langkah penting ke hadapan dalam usaha menyelesaikan konflik berlarutan di negara itu.
- Mesyuarat terbaharu di Bangkok yang melibatkan Troika ASEAN dan Menteri Luar Myanmar menunjukkan perubahan sikap pihak junta, termasuk membenarkan gencatan senjata dan kelancaran bantuan kemanusiaan ke kawasan terjejas.
- Anwar turut menggesa pemimpin ASEAN lain seperti Brunei, Indonesia, Vietnam dan Kemboja untuk menggunakan pelbagai saluran, termasuk ketenteraan dan diplomatik, bagi mencapai gencatan senjata sepenuhnya dan memastikan bantuan disalurkan tanpa halangan.
"Yang penting ialah mereka membenarkan atau bertolak ansur dengan perkara yang belum pernah berlaku sebelum ini, misalnya saya sendiri dapat bertemu dengan mereka. Kami juga meminta Troika hadir, dan mereka semua datang.
"Saya fikir itu adalah permulaan yang baik kerana dalam isu-isu penuh pertikaian seperti ini, penyelesaian konflik mesti dimulakan dengan libat urus," kata beliau.
Anwar berkata beliau turut menggesa rakan sejawatannya di Brunei, Indonesia, Vietnam dan Kemboja untuk mengadakan pendekatan melalui pelbagai saluran seperti ketenteraan dan diplomatik, dengan matlamat mencapai gencatan senjata sepenuhnya serta memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan tanpa halangan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


