IPOH: Tenaga dinamik golongan belia perlu dimanfaatkan bagi tujuan membangunkan masyarakat dan negara termasuk melibatkan golongan tersebut dalam institusi keagamaan.
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah adalah satu kerugian besar kepada negara jika tenaga yang sangat dinamik tidak diempang secara produktif untuk menjana tenaga konstruktif termasuk menyuarakan idea-idea di luar kotak.
"Bermula penggal perkhidmatan anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) 2021-2023, beta telah memperkenankan lantikan dua orang anggota daripada kalangan belia serta memperkenankan lantikan wakil belia dalam Jawatankuasa Baitul Mal negeri dan daerah.
"Alhamdulillah, wakil-wakil belia yang diberikan amanah telah membuktikan dinamisme penyertaan mereka, masjid mula diperkaya dengan kegiatan riadah, sukan dan seni silat, juga program-program pendidikan serta ekonomi," titah baginda pada Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Yang Dipertua dan anggota MAIPk bagi penggal 2024-2025 dan Hakim Mahkamah Syariah Negeri Perak di sini hari ini.
Baginda juga percaya lantikan pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri bersama presiden Majlis Belia Negeri sebagai anggota MAIPk berupaya memperkenalkan pelbagai langkah inovasi yang berupaya menarik minat dan meningkatkan penyertaan lebih ramai belia dalam program keagamaan serta kehadiran belia untuk mengimarahkan masjid.
"Program-program kreatif yang dapat menarik minat belia terutama para belia di luar bandar dan para belia dalam kawasan FELDA dan FELCRA akan berperanan sebagai usaha preventif yang dapat melindungi para belia daripada terjerumus dalam aktiviti yang tidak sihat," titah Sultan Nazrin.
Baginda turut bersetuju dengan cadangan seperti penganjuran pertandingan e-sukan oleh masjid di kariah masing-masing yang dicadangkan oleh wakil belia pada Majlis Perundingan Masjid Negeri Perak, 25 Nov tahun lepas.
Selain telah diterima sebagai sebahagian acara sukan yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa, titah baginda e-sukan Malaysia dipelopori oleh atlet hebat seperti Dr Yew Weng Keng, 29, lulusan ijazah doktor falsafah yang telah memenangi pingat emas sulung negara pada Sukan SEA Manila 2019.
"Pemenang pingat gangsa acara 'mobile legends' wanita di Sukan SEA Phnom Penh 2023, Sharifah Alia Husna Syed Fakrurrozi, ialah seorang hafizah 30 juzuk al-Quran ketika berusia 14 tahun, penuntut Diploma Pengajian Perniagaan Kolej Profesional MARA Beranang yang memperoleh CGPA 4.0 selama lima semester berturut-turut," titah baginda.
Justeru titah Sultan Nazrin ibu bapa dan masyarakat seharusnya melihat e-sukan secara positif, kerana ia sebenarnya boleh meningkatkan pemikiran serta pemikiran strategik dan kritikal.
"Ibu bapa dan pendidik hendaklah berperanan sebagai pemudah cara dan pengimbang, memberikan bimbingan kepada anak muda untuk menguasai kemahiran e-sukan tetapi jangan sampai melupakan tanggungjawab terhadap pelajaran, penjagaan kesihatan juga tuntutan fardu ain dan fardu kifayah.
"Amatlah bertepatan agar usul yang disuarakan oleh wakil belia itu, diberikan perhatian sewajarnya dan masjid mengambil daya usaha menganjurkan pertandingan atau latihan, daripada dibiarkan anak muda berkelana bersendirian mengembara alam e-sukan, tanpa batas - tanpa panduan," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 12 2024
Sultan Nazrin menyampaikan Titah Diraja pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Anggota Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Bagi Penggal 2024-2025 hari ini. - Foto Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Sultan Perak solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah
Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.
Tular titah lama Sultan Nazrin di luar konteks, Pejabat Dewan Negara Perak buat laporan polis
Pejabat Dewan Negara Perak membuat laporan polis berhubung penularan kenyataan berunsur perkauman yang memetik titah diraja Sultan Perak, Sultan Nazrin Shahdalam konteks yang salah.
Sultan Nazrin berkenan sampaikan bantuan Aidilfitri
Dana zakat berjumlah RM11,772,300 diserahkan kepada penghulu mukim dari 12 daerah mewakili 39,241 asnaf fakir dan miskin di Perak.
Sultan Perak berkenan isytihar pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark.
Sultan Nazrin berangkat ke majlis penutup Tilawah al-Quran Perak
Qari Dr Anuar Hasin yang pernah muncul sebagai johan sebanyak tujuh kali sebelum ini, sekali lagi dinobat johan tahun ini.
Langkah tegas cegah rasuah isyarat kesungguhan kerajaan pupuk ketelusan - Sultan Nazrin
Negara hadapi cabaran besar memacu pertumbuhan ekonomi, lantas tata kelola yang baik sangat diperlukan untuk bina keyakinan pelabur.
NR-REE: Jangan jadi ‘harapkan pegar, pegar makan padi’ - Sultan Nazrin
Titah baginda, pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menceroboh dan menjalankan operasi mengeluarkan mineral secara haram.
Perak catat akaun surplus dua tahun berturut-turut
Sultan Nazrin Shah bertitah, RM29.6 juta surplus dicatatkan bagi tahun kewangan 2022, manakala RM62.4 juta bagi tahun kewangan 2023.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 peringkat negeri di Dataran Warisan Taiping di sini hari ini.