KUALA LUMPUR: Pertahanan Terengganu FC, Argzim Redzovic, tetap bersabar menunggu impiannya untuk bergelar pemain naturalisasi negara terlaksana.
Ini selepas hasratnya untuk didaftarkan dalam jendela perpindahan pertama musim ini sebagai pemain tempatan tidak kesampaian - dilaporkan atas masalah dokumentasi.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain kelahiran Montenegro berusia 31 tahun itu berkata dia tetap positif untuk menghadapi proses berkenaan asalkan impiannya untuk mewakili Harimau Malaya tercapai.
"Sejujurnya, saya tidak tahu apa untuk dikatakan. Saya dapat maklumat bahawa saya dan Romel (Morales) akan dinaturalisasikan dalam jendela perpindahan kedua," katanya dengan Bahasa Melayu yang agak fasih.
"Jadi, ia dalam proses tetapi Terengganu telah melakukan yang terbaik untuk melakukannya kerana ia akan menjadi sesuatu yang bagus untuk pasukan kami kerana kami juga ada Liridon, macam ada tujuh pemain import (bermain serentak).
"Saya masih menunggu, Insya-Allah saya akan dapat dinaturalisasikan dalam jendela kedua tetapi saya tidak dapat menjanjikannya.
"Untuk pemain pertahanan, lebih tua lebih berpengalamanlah, tahu bagaimana untuk menjaga tubuh sendiri dan pemakanan, saya sudah ada pengalaman di Malaysia sepanjang enam tahun ini, tiada masalah.
"Saya hanya perlu meningkatkan prestasi saya di atas padang dan jika ada rezeki untuk bermain, saya perlu membuktikan kemampuan saya untuk kembali seperti dulu," katanya.
Sebagai rekod, Malaysia kini memiliki tujuh orang pemain naturalisasi, iaitu Mohamadou Sumareh, Guilherme de Paula, Liridon Krasniqi, Lee Tuck, Sergio Aguero, Endrick dos Santos dan Paulo Josue.
Astro Arena
Thu Mar 09 2023
Argzim Redzovic berkata, dia tetap positif untuk menghadapi proses berkenaan asalkan impiannya untuk mewakili Harimau Malaya tercapai. - Foto stadiumastro
Lebih 1.8 juta umat Islam seluruh dunia tunai ibadat haji tahun ini
Jumlah jemaah haji luar ialah sebanyak 1,611,310 manakala jemaah tempatan 221,854 orang.
Euro 2024: Belgium tidak kisah label underdog
Belgium tidak bimbang tanggapan mereka bukan pasukan pilihan untuk mendominasi Euro 2024.
AWANI Ringkas: Suspek dipercayai ada masalah mental
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
TPM Fadillah ucap Selamat Hari Bapa
Timbalan Perdana Menteri Fadillah ucap Selamat Hari Bapa yang disambut hari ini kepada semua insan yang bergelar bapa.
Lawatan Perdana Menteri Li Qiang ke Malaysia eratkan lagi hubungan Malaysia-China
Li Qiang, yang memegang jawatan Perdana Menteri China pada Mac tahun lepas, dijadualkan melawat Malaysia dari 18 hingga 20 Jun.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [16 Jun 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- PM umum berita gembira mengenai barangan makanan hari ini - Fahmi
- Pengusaha bas sekolah boleh rayu bantuan subsidi diesel
- MCMC mohon TikTok, Telegram turun kandungan didakwa kertas siasatan kes Zayn Rayyan
#AWANInews #AWANIPagi
- PM umum berita gembira mengenai barangan makanan hari ini - Fahmi
- Pengusaha bas sekolah boleh rayu bantuan subsidi diesel
- MCMC mohon TikTok, Telegram turun kandungan didakwa kertas siasatan kes Zayn Rayyan
#AWANInews #AWANIPagi
Inisiatif terjemahan Khutbah Arafah sangat berjaya - Al-Sudais
Terjemahan Khutbah Arafah semalam menyumbang kepada usaha untuk meningkatkan capaiannya ke peringkat global yang lebih luas.
Euro 2024: Itali kena lebih agresif depan gawang - Spalleti
Itali beroleh beberapa peluang untuk menghukum pasukan lawan dan gagal menterjemahkannya.
Peranan AI dalam pengurusan haji diperhebat
Ia adalah sebahagian usaha Pihak Berkuasa Data dan AI Arab Saudi dalam melicinkan perjalanan ibadah haji tahun ini sekali gus memperbaiki pengalaman jemaah.
Jenayah: Dua lelaki didakwa sindiket Trojan Spymax
Dua lelaki rakyat Malaysia yang dilaporkan diektradisi ke Singapura, hari ini disyaki ahli satu sindiket penipuan antarabangsa dikenali sebagai Trojan Spymax.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.