KOTA KINABALU: Sabah FC mensasarkan kedudukan lima teratas dalam Liga Super Malaysia yang akan berlangsung pada bulan hadapan.
Ketua Jurulatihnya, Datuk Ong Kim Swee berkata, pihaknya sudah bersedia 70 hingga 80 peratus untuk mempamerkan aksi cemerlang pada perlawanan nanti.
"Seperti saya katakan daripada awal dahulu, objektif ataupun sasaran kita adalah untuk mendapatkan kedudukan lima tempat teratas.
"Tetapi bagi setiap pemain, setiap jurulatih, setiap pegawai yang terlibat, sudah tentu kita inginkan lebih," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Kit Pasukan Sabah FC untuk musim baharu Liga Super, yang diadakan di Imago, pada Sabtu.
Tegasnya, walaupun berharap untuk mendapat tempat terbaik, ia tidak boleh dibuat dengan terburu-buru.
"Saya berharap kita mampu mencapai melebihi daripada apa yang kita inginkan tetapi kita tidak boleh terburu-buru.
"Daripada satu perlawanan ke satu perlawanan, jika kita mampu untuk mencapai kejayaan, saya percaya kita mempunyai peluang yang baik untuk mencipta sejarah mahupun melakar satu lagi kejayaan untuk pasukan Sabah," katanya lagi.
Terdahulu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam ucapan perasmiannya berkata, usaha mencungkil bakat muda bola sepak di Sabah perlu dipergiat bagi menarik lebih ramai golongan belia menceburi sukan itu.
Beliau berkata pendedahan dan latihan yang berkualiti perlu bermula dari peringkat muda lagi demi melahirkan lebih ramai pemain pelapis bola sepak terbaik di Sabah.
“Saya mahu melihat penekanan diberikan kepada pembangunan belia dalam sukan khususnya bola sepak.
“Sabah FC berada dalam kedudukan terbaik untuk menyediakan platform ini dan memastikan pemain muda dilatih oleh jurulatih terbaik,” katanya.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC, Khairul Firdaus Akbar dan Pengarah Sabah FC, Datuk Dr Jelani Hamdan.
Eleanor Michelle Patrick
Sat Feb 19 2022
Hajiji (dua dari kiri) menunjukkan isyarat bagus pada Majlis Pelancaran Kit Pasukan Sabah FC untuk musim baharu Liga Super di Kota Kinabalu. - Ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah.
Filem baharu Mawi kupas kisah penyakit misteri Ustaz Kazim
Semasa penggambaram filem Zim Zim Ala Kazim, penyakit misteri Ustaz Kazim datang balik, darah keluar dari kulit badan penceramah itu.
Tiada bekalan perubatan diterima di Gaza selama 10 hari - WHO
Penutupan lintasan Rafah ke Gaza oleh Israel telah menyebabkan "situasi yang sukar."
[TERKINI] Tujuh individu direman di IPD Seri Alam
Tujuh individu, termasuk lima ahli keluarga suspek, akan direman di IPD Seri Alam bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Dua anggota polis maut dalam kejadian tersebut.
[TERKINI] Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian – Saifuddin
Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat, hingga menyebabkan kematian dua anggota polis, didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ibu bapa menabung bolehkan 8 sekeluarga tunai haji bersama
Bagi musim haji 1445H/2024M, kehadiran lapan sekeluarga termasuk lima beradik mendapat rezeki mengerjakan haji serentak disumbang hasil perancangan serta simpanan wang selama lebih 18 tahun oleh ibu bapa mereka, yang berhajat mahukan semua anaknya menunaikan haji di usia muda.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 individu termasuk warga Singapura direman 7 hari
Tujuh individu yang dipercayai terlibat dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, direman selama tujuh hari hingga 24 Mei.
Mohd Khairul Ridzuan azam bantu lebih ramai mualaf buang tatu
Tujuan Mohd Khairul Ridzuan ialah untuk bantu golongan mualaf beribadah dengan lebih baik, yakin dan bersemangat.
Jemaah haji diminta jaga tanda pengenalan diri semasa di Tanah Suci
Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga tanda pengenalan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji sepanjang di Tanah Suci.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah dua anggota dituntut keluarga
Jenazah Ahmad Azza dan Muhamad Syafiq dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor untuk disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir.
[TERKINI] Sidang media KDN berhubung serangan balai polis
Ikuti sidang media Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pasca serangan balai polis yang berlaku pada Jumaat.
Machado, Saddil mungkin terlepas aksi pertama Liga Super - Kim Swee
Dua pemain import Sabah FC iaitu Ramon Machado dan Saddil Ramdani mungkin terlepas aksi pertama Liga Super menentang Penang FC.
Sabah FC muncul juara Piala SMJ 2024
Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke-63 menerusi sepakan penalti Ramon Machado yang diberikan pengadil Tuan Mohd Yaasin.
Sabah FC tapis Awang import
Ong berkata, Sabah FC masih meneliti prestasi dan keupayaan pemain tersebut walaupun telah menyertai sesi latihan sejak beberapa hari lalu.
Piala AFC: Macarthur bukan lawan mudah - Kim Swee
Sabah FC menyifatkan aksi separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC menentang wakil dari Australia, Macarthur pada Selasa sebagai perlawanan yang sukar.
Terima kasih Amri Yahyah
Perlawanan Liga Super antara Sabah FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada Ahad menjadi perlawanan terakhir buat Mohd Amri Yahyah.
Piala AFC: Sabah FC tewas di laman sendiri pada perlawanan terakhir kumpulan H
Keputusan itu tidak mengubah kedudukan Sabah di takhta kumpulan H dengan meraih 12 mata hasil empat kemenangan serta tewas dua kali.
Sepakan penalti Vitor ikat Terengganu
Sepakan itu diperoleh selepas penjaga gol TFC Muhammad Rahadiazli Rahalim merempuh Nik Akif Syahiran Nik Mat dalam kawasan penalti.
Piala AFC: Sabah FC sahkan slot pusingan kalah mati
Tuan rumah memberikan gol pendahuluan buat Sabah selepas hantaran leret Daniel Ting ke dalam kawasan kotak penalti tertampan kaki Naoki Kuriyama.
Ketiadaan tonggak pertahanan utama punca tewas - Ketua Jurulatih TFC
Steinbruckner menyifatkan ketiadaan empat tonggak pertahanan utama menjadi punca Terengganu FC (TFC) tewas 0-4 di tangan Sabah FC.
Sabah benam Hai Phong, rampas takhta kumpulan H
Skuad bimbingan Ong Kim Swee bermula cemerlang apabila membuka tirai jaringan menerusi rembatan jarak dekat Daniel Ting pada minit ke-19.