awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Lihat jasad isteri dan anak tidak lagi bernyawa'

Sinar Harian
Sinar Harian
15/08/2024
23:15 MYT
'Lihat jasad isteri dan anak tidak lagi bernyawa'
Keadaan kereta dinaiki Sakinah dan dua anaknya selepas bertembung dengan sebuah MPV di Kilometer 12.5 Jalan Kuala Kangsar-Manong, Kuala Kangsar, semalam. Gambar kanan: Sakinah bersama anak bongsunya. - Foto Sinar Harian
KUALA KANGSAR: "Saya sempat ke lokasi kemalangan, tetapi yang tinggal hanya jasad yang sudah tidak bernyawa."
Demikian luah Khairul Rahmat Mohammed Tahir, 35, yang kehilangan isteri dan anak perempuannya dalam nahas dua kenderaan di Kilometer 12.5 Jalan Kuala Kangsar-Manong di sini semalam.
Kejadian sekitar jam 7.30 pagi itu mengorbankan Sakinah Kamarudin, 37, dan anak bongsu, Aisyah Qaisara Khairul Rahmat, 9, manakala seorang lagi anak perempuan mereka, Nur Safa’ Rafissah, 10, cedera parah di kepala.
Semasa kejadian, Sakinah yang bekerja sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Pusat Kegiatan Guru Manong dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah menaiki sebuah kereta jenis Honda City.
Khairul Rahmat berkata, semasa kejadian, dia berada di Hospital Kuala Kangsar kerana menjaga bapanya yang sakit dan hanya mengetahui nahas berlaku sebaik dihubungi kerani sekolah.
Khairul Rahmat kelihatan sugul ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar pada Khamis. - Foto Sinar Harian
Khairul Rahmat kelihatan sugul ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar pada Khamis. - Foto Sinar Harian
"Bila dapat panggilan itu, saya terus bergegas ke tempat kejadian, tetapi waktu itu mereka sudah tidak ada (meninggal dunia)," katanya pilu ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar di sini semalam.
Khairul Rahmat yang bekerja sebagai peniaga berkata, memang menjadi rutin isterinya untuk menghantar kedua-dua anak mereka ke sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Lempor dekat Manong sebelum bergerak ke tempat kerja.
Katanya, sekitar jam 7 pagi sebelum kejadian, dia sempat menghubungi isterinya bertanyakan keadaan anak-anak dan persiapan mereka sebelum ke sekolah.
"Dalam perbualan itu, arwah bersuara seperti biasa sahaja. Dia cuma kata sudah mahu bergerak ke sekolah. Tak sangka itu perbualan terakhir saya bersamanya," katanya.
Jenazah mangsa dibawa keluar dari Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang-orang Islam Kampung Ketior Dalam selepas solat Asar. - Foto Sinar Harian
Jenazah mangsa dibawa keluar dari Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang-orang Islam Kampung Ketior Dalam selepas solat Asar. - Foto Sinar Harian
Jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Orang-orang Islam Kampung Ketior Dalam selepas solat Asar.
Anak sulung pasangan itu yang cedera kini menerima rawatan susulan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh kerana dikhuatiri mengalami pendarahan dalam kepala.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, siasatan awal mendapati kereta dinaiki mangsa hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum berpusing dan masuk ke laluan bertentangan.
Katanya, pada masa sama, datang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Velfire tidak sempat mengelak menyebabkan berlaku rempuhan di sisi kereta.
"Pemandu dan penumpang hadapan kereta yang tersepit berjaya dikeluarkan anggota bomba dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Penumpang belakang pula mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, manakala pemandu MPV berusia 62 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan supaya menghubungi pegawai penyiasa kes, Inspektor Soffian Rosman di talian 014-5671803 atau 05-7762222 untuk membantu siasatan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kuala Kangsar
#kemalangan maut
#ibu dan anak meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan