NATIONAL
Lihat semula Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 - Baru Bian

Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian berkata bukan sahaja akta tersebut yang perlu dilihat semula malah ia turut melibatkan akta kerajaan negeri. - Foto Astro AWANI
Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Persekutuan disaran melihat semula Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 bagi membantu menyelesaikan isu cari gali minyak di negeri itu.
Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian berkata bukan sahaja akta tersebut yang perlu dilihat semula malah ia turut melibatkan akta kerajaan negeri.
"Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Persekutuan harus tahu sama ada PDA dan Undang-Undang Kerajaan Negeri berhubung perkara tersebut masih boleh dipakai atau tidak.
"Kerana ada juga terdapat dalam undang-undang yang mengatakan kalau sekiranya ada undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, maka ia tidak sah," jelasnya ketika ditemubual dalam program bual biacara 100 hari Malaysia Baharu pada Ahad.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami