KOTA BHARU: Polis menahan lima penyeludup warga tempatan kerana disyaki menyeludup 50 kampit beras dari negara jiran dalam operasi kontraban di Kelantan.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 30 hingga 56 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Chekok Jambu, Jalan Panji, di sini Rabu lepas.
Beliau berkata pasukan Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman menyerbu premis berkenaan pada 7.40 malam dan turut menemukan pelbagai jenis dadah serta air ketum.
"Polis menemukan lima kilogram ganja, sebanyak 17,200 biji pil kuda dan 18 liter cecair air ketum serta dua liter cecair ubat batuk.
"Kesemua rampasan beras dan pelbagai jenis dadah itu dipercayai untuk dijual di pasaran tempatan yang diseludup melalui negara jiran," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.
Beliau berkata sindiket berkenaan bukan sahaja menyeludup beras malah turut terlibat aktiviti pengedaran dadah.
Selain itu, polis turut merampas dua pucuk pistol, satu unit kelopak bersama 47 butir peluru hidup, sebuah kereta pacuan empat roda dan lima telefon bimbit.
"Sindiket ini memang tidak ada dalam senarai polis dan mereka ini bergerak secara berkumpulan. Kami percaya saki-baki ahli sindiket masih bebas di luar sana dan polis akan memburu mereka," katanya sambil menambah kesemua nilai rampasan keseluruhan dianggar RM273,815.
Muhamad Zaki berkata hanya seorang suspek disahkan positif dadah dan kesemua direman bermula 28 Mac sehingga esok (1 April) dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, Seksyen 8(A) Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 31 2024
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun (kiri) menunjukkan barangan rampasan pada sidang media mengenai sindiket pengedaran dadah menerusi Op Kontraban di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini. - Foto BERNAMA
Anwar beri masa dua bulan noktah kemiskinan tegar di Kelantan
PM beri tempoh dua bulan kepada agensi kerajaan Pusat dan negeri untuk menoktahkan miskin tegar di Kelantan.
Malaysia berdepan 30,000 kekurangan jurutera, perlu tampung dengan TVET - PM
Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan dipertingkat bagi menampung kekurangan 30,000 jurutera di negara ini.
Pulau Pinang adakan bengkel dengan pemegang taruh muktamadkan jajaran LRT
Bengkel itu dijangka dilaksanakan seminggu dua lagi supaya kerja-kerja melibatkan projek infrastruktur transformatif dapat dijalankan.
NRES rancang lestarikan industri plastik sekali guna elak pencemaran
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) merancang untuk melestarikan industri plastik sekali guna menerusi satu peralihan yang seimbang dalam bidang itu.
Etika pacu kemampanan kewartawanan profesional, pemisah 'wartawan jadian'
Etika kewartawanan yang diamalkan wartawan profesional merupakan nadi kepada industri kewartawan yang mempunyai kredibiliti dan dipercayai.
Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan beli pam baharu untuk petani, pesawah di Kelantan
Kerajaan Persekutuan meluluskan sejumlah peruntukan untuk membeli pam-pam baharu bagi kegunaan para petani dan pesawah di Kelantan.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).
Beri ruang dan masa untuk Speedy Tigers berwajah baharu - Sarjit
Sarjit menyeru rakyat Malaysia untuk memberi masa dan ruang kepada Speedy Tigers berwajah baharu untuk berkembang menjadi pasukan yang kuat menjelang edisi ke-30 Piala Sultan Azlan Shah.
Akhyar cedera dipercayai disamun
Akhyar Rashid cedera di kepala selepas dipukul dan menjadi mangsa samun, malam tadi.
Proton sasar tambah baik kualiti pengeluaran bagi tingkatkan keyakinan pelanggan
Proton akan menambah baik kualiti pengeluaran mereka menerusi pengurangan peratusan markah Audit Produk Pelanggan Global (GCPA).
Lima ditahan seludup beras, pelbagai jenis dadah
Polis menahan lima penyeludup warga tempatan kerana disyaki menyeludup 50 kampit beras dari negara jiran dalam operasi kontraban di Kelantan.
Penguatkuasaan operasi bersepadu beras putih tempatan dilanjutkan sehingga 17 Nov
Pelanjutan tempoh bagi mempergiat operasi terutama di Sabah dan Sarawak susulan isu penyeludupan beras putih import ke negara jiran.
Penyeludup beras lari tinggalkan kereta
Anggota PGA terserempak dengan kereta itu yang baru meninggalkan pangkalan haram Kuala Tat dalam keadaan mencurigakan.