HULU SELANGOR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menggerakkan lima helikopter dan dron sebagai persediaan menghadapi fasa peralihan Monsur Timur Laut yang melanda negara ketika ini.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata aset berkenaan akan diatur gerak bagi memantau lokasi banjir selain memudahkan proses mencari dan menyelamat terutamanya di lokasi terpencil berlakunya bencana.
"Sekiranya ada ciri-ciri banjir, paras air meningkat dan hujan, aset udara ini sudah siap siaga untuk diatur gerak apabila diperlukan.
"Bagi dron, kami mempunyai pusat pangkalan iaitu di Subang dan di setiap negeri mempunyai perkhidmatan dron manakala sebuah helikopter ditempatkan di Borneo dan empat lagi di Semenanjung," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perbarisan Pentauliahan Diploma Pascasiswazah dan Diploma Lanjutan Sains Kebombaan Siri 1 di Akademi JBPM di Kuala Kubu Bharu di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk M Noor Azman Taib yang menyampaikan anugerah kepada 129 pelatih selepas berjaya menamatkan kursus Diploma Pascasiswazah dan Diploma Lanjutan Sains Kebombaan.
Mohammad Hamdan berkata setakat ini kesan kepada peralihan Monsun Timur Laut dapat dilihat di beberapa kawasan seperti Hulu Langat dan Taman Seri Muda di Shah Alam namun keadaannya masih terkawal.
"Kita sudah pantau dengan baik dan tiada kemudaratan yang dahsyat...paras air masih dalam kawalan tetapi pemantauan terus dilakukan dari semasa ke semasa," katanya.
Beliau berkata 333 balai JBPM seluruh negara bersedia 24 jam bagi mengadapi sebarang situasi sama ada banjir, bencana dan usaha menyelamat yang lain.
Sebelum ini Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan Monsun Timur Laut bermula 7 Nov dan berterusan sehingga Mac 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 10 2022

Sebelum ini Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan Monsun Timur Laut bermula 7 Nov dan berterusan sehingga Mac 2023. - Fail BERNAMA

Ringgit dibuka rendah menjelang keputusan kadar faedah AS
Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.2450/2500 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 ketika ditutup pada Isnin.

Cancelo, City terlerai kasih
City mengumumkan Joao Cancelo bakal dipinjamkan kepada Bayern Munich dengan harga 61.5 juta pound (RM322 juta).

Niaga AWANI: Kuasa beli belia masih rendah, taruh harapan pada Bajet 2023
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman, Nabila Khaleeda.

DPTN 2.0 | Dasar Pendidikan Tahfiz Negara akan dilancar 11 Mac ini
Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 akan dilancarkan pada 11 Mac ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Judi Haram | 905 individu ditahan, rampasan wang tunai lebih RM500,000
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 905 individu disyaki terlibat judi haram dengan rampasan wang tunai dianggarkan lebih RM500,000.

NTD: WHO gesa pelaburan tangani jangkitan penyakit tropika terabai
NTD merupakan keadaan penyakit yang ditemui terutamanya di kawasan tropika, termasuk denggi, kusta, dan rabies.

Mangsa banjir di Sabah dan Johor meningkat, Pahang kekal
Di Johor, Batu Pahat masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 879 orang, diikuti Mersing (823), Kota Tinggi (344) dan Segamat (92).

Niaga AWANI: Kuasa beli belia masih rendah, taruh harapan pada Bajet 2023
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman, Nabila Khaleeda.

Korban serangan masjid Pakistan meningkat kepada 59, lebih 157 cedera parah
Siasatan kejadian setakat ini bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana pengebom itu boleh menyelinap ke dalam kawasan kawalan tinggi yang menempatkan ibu pejabat polis itu.

Amaran hujan berterusan di Sarawak, Johor dan Pahang hingga esok
Hujan berterusan tahap waspada turut diramal berlaku di Kudat, Sabah, hari ini.

Kira-kira 600 kekosongan jawatan dalam perkhidmatan bomba
Kekosongan jawatan itu akan diisi secara berperingkat bagi menambah kekuatan 14,500 pegawai dan anggota di seluruh negara pada masa ini.

Bomba hantar 25 tan bekalan makanan kepada Orang Asli
Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meneruskan misi menghantar 25 tan bekalan makanan ke enam pos Orang Asli di Gua Musang bermula semalam.

12 anjing bakal 'sertai' Unit K9 JBPM tahun ini
Dua belas anjing pengesan (K9) bakal 'menyertai' Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kata Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.

Siasatan kebakaran Wisma Jakel di peringkat akhir, tiada unsur jenayah ditemukan
Siasatan peringkat akhir kejadian kebakaran Wisma Jakel di Seksyen 7, Shah Alam dekat sini mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

Bomba perlu aset baharu, moden mantapkan perkhidmatan - Mohammad Hamdan
Terdapat keperluan untuk menambah aset bomba yang baharu dan moden bagi memantapkan perkhidmatan agensi itu.

Kebakaran Wisma Jakel: Polis tunggu laporan siasatan JBPM
Polis masih menunggu hasil siasatan penuh daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berhubung kebakaran di Wisma Jakel di Shah Alam, Selangor.

Wisma Jakel terbakar: Bomba gerakkan pasukan siasat kebakaran berulang
Pasukan penyiasat bomba telah mengerakkan pasukan bagi menyiasat kebakaran berulang di tingkat 3 bangunan bersebelahan Jakel Shah Alam awal pagi ini.

Perkelahan berakhir tragedi, dua pelajar UniKL lemas ketika beriadah
Perkelahan tujuh pelajar Universiti Kuala Lumpur di sini berakhir tragedi apabila dua daripada mereka lemas ketika bermandi di situ, tengah hari Jumaat.

Pelbagai pihak tampil sumbang makanan untuk anjing pengesan K9
Hari ini beberapa pihak tampil menyumbang 16 beg makanan sebagai tanda sokongan dan menghargai kelibat wira tak didendang itu.

Tanah runtuh Batang Kali: Hujan lebat, unit pengesan anjing K-9 keluar dari lokasi pencarian
Cuaca hujan lebat dan tanah lembut menjadi faktor utama yang dipercayai menyukarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketujuh.