KUALA LUMPUR: Laporan Penilaian Risiko Kebangsaan (NRA) 2020 mengenal pasti lima jenayah utama yang menyumbang kepada ancaman kegiatan pengubahan wang haram yang tinggi kepada Malaysia.
Lima jenayah itu adalah penipuan (termasuk dalam skim pelaburan haram), pengedaran dadah terlarang, rasuah dan kesalahan penyeludupan (termasuk pengelakan kastam dan duti eksais) serta jenayah terancang.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata status lima jenayah utama itu berisiko tinggi dan ia dijangka terus kekal serta tidak berubah dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Beliau berkata laporan NRA 2020 itu melibatkan sumber data kuantitatif dan kualitatif yang menggabungkan statistik daripada pelbagai agensi, laporan dalaman dan luaran serta tinjauan agensi penguatkuasa undang-undang, institusi pelapor serta pihak berkepentingan antarabangsa.
"Selain itu, seperkara lagi yang perlu diberi perhatian ialah kemungkinan peningkatan penggunaan teknologi dan peralihan kegiatan jenayah ke platform dalam talian.
"Kami menjangkakan berlakunya peningkatan berterusan dalam penggunan aset maya dalam kalangan penjenayah dan pengganas untuk 'mencuci' hasil kegiatan haram mereka terutamanya disebabkan kesukaran untuk mengesan dana berkaitan serta mengenal pasti benefisiari terlibat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi dialog Examining The Link Between Corruption and Top 5 Hig Risk Crimes Identified In The National Risk Assessment di sini hari ini.
Ahmad Khusairi berkata aset maya termasuk mata wang kripto dilihat semakin mendapat tarikan dan dieksploitasi oleh peniaga pasaran gelap serta organisasi pengganas.
"Berdasarkan laporan NRA 2020 juga dapat dilihat peningkatan dalam teknologi yang telah dieksploitasi untuk memudahkan penipuan, pemerasan serta pemalsuan dokumentasi sektor awam dan swasta.
"Kami boleh menjangkakan perkara ini akan terus meningkat pada tahun-tahun akan datang. Untuk mencegah dan memerangi faktor ini dengan lebih berkesan, kita semua mesti mahir dan cekap akan selok-belok penggunaan teknologi," katanya.
Beliau berkata teknologi adalah elemen yang berkuasa dalam perjuangan menentang serta membanteras aktiviti rasuah dan pengubahan wang haram
Ahmad Khusairi berkata laporan NRA 2020 juga telah mengenal pasti setiausaha syarikat, firma guaman, pengedar logam berharga dan batu sebagai antara sektor yang terdedah kepada aktiviti pengubahan wang haram.
Katanya dalam hal ini, pegawai pematuhan dari sektor itu harus lebih peka dan waspada terhadap risiko perniagaan mereka yang boleh disalahgunakan untuk aktiviti pengubahan wang haram.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 21 2022
Ahmad Khusairi berkata laporan NRA 2020 juga telah mengenal pasti setiausaha syarikat, firma guaman, pengedar logam berharga dan batu sebagai antara sektor yang terdedah kepada aktiviti pengubahan wang haram. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pemilihan AGM: Presiden Paralimpik lapor SPRM, dakwa wujud elemen rasuah
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin hari ini membuat laporan kepada SPRM yang mendakwa wujudnya eleman rasuah dalam pemilihan AJK badan itu.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Seorang lagi individu bergelar Datuk ditahan kes rasuah projek pembinaan RM250 juta di Sarawak
SPRM menahan reman seorang lagi individu bergelar Datuk yang disyaki terlibat dalam kes rasuah sebagai balasan mendapatkan projek-projek pembinaan di Sarawak.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
SPRM nafi siasatan HRD Corp ditutup
SPRM menafikan pihaknya menutup siasatan kes berkaitan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) yang dijalankan sebelum ini.
Rasuah ADUN Sabah: SPRM rakam percakapan 15 individu termasuk pemberi maklumat
SPRM telah merakam percakapan 15 individu, termasuk lapan ADUN Sabah dan seorang pemberi maklumat berhubung video dakwaan skandal rasuah.
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Integriti
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Intergriti
Bekas pengarah eksekutif agensi Pulau Pinang direman, rasuah pembelian pedati emas
SPRM Pulau Pinang mereman bekas pengarah eksekutif sebuah agensi kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan RM300,000 melibatkan pembelian pedati emas.
Kecekapan SPRM bawa kejayaan kepada tangkapan taikun Singapura - Azam Baki
Setelah hampir dua dekad melarikan diri, seorang taikun warga Singapura yang terlibat dalam kes penyelewengan AS$51 juta (RM227 juta) akhirnya berjaya ditangkap bersama isterinya di Johor, semalam.
Masidi beri keterangan sukarela di SPRM
Masidi berkata, kunjungannya ke SPRM adalah untuk membantu siasatan serta tanda sokongonnya untuk membanteras rasuah di negeri ini.