awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Selamat Tahun Baharu belia Malaysia
Kes tembak Durian Tunggal: Rakaman audio dihantar ke CyberSecurity, 45 rakaman percakapan - Polis
China haramkan pemegang pintu kereta tersembunyi bermula 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima konco ah long termasuk wanita mengandung ditahan

Bernama
Bernama
05/09/2022
21:00 MYT
Lima konco ah long termasuk wanita mengandung ditahan
Wanita bersama empat lelaki itu dipercayai terlibat membaling cat merah dan mengunci pagar rumah kira-kira 31 individu yang dipercayai berhutang dengan ah long dikenali sebagai 'Jimmy'. -Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang wanita mengandung antara lima individu ditahan selepas disyaki membantu ah long atau pemberi pinjaman wang tanpa lesen termasuk mengugut mangsa di sekitar daerah ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata wanita bersama empat lelaki itu dipercayai terlibat membaling cat merah dan mengunci pagar rumah kira-kira 31 individu yang dipercayai berhutang dengan ah long dikenali sebagai 'Jimmy'.
"Kesemuanya yang berusia antara 29 hingga 45 tahun ditahan di sekitar perkampungan Permatang Badak dan Sungai Isap di sini dalam serbuan pada 4 petang Khamis lepas (1 Sept) dan mereka dipercayai terlibat dengan kegiatan ini sejak setahun lepas.
"Polis merampas pelbagai barangan seperti cat merah, peluntur cat, plastik berisi cat merah yang dipercayai untuk disimbah ke rumah mangsa serta rantai dan mangga besi bagi mengunci rumah mangsa," katanya pada sidang media di sini pada Isnin.
Wan Mohd Zahari berkata semua suspek yang mempunyai rekod kesalahan lampau dadah kini direman hingga Ahad ini untuk siasatan mengikut Seksyen 29B Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ah Long
#Wan Mohd Zahari Wan Busu
#pemberi pinjaman wang tanpa lesen
#Jimmy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan