KUALA LUMPUR: Lima lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menjalankan perniagaan pemberi pinjaman wang tanpa lesen sejak Ogos lepas.
Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, Chong Chee Siong, 28, Tan Kim Tai, 26, Chin Yong Xuan, 23, Sia Ming Yang, 32, dan Chong Chee Kim, 24, didakwa menjalankan perniagaan pemberi pinjaman wang tanpa lesen sah dengan meminjamkan wang berjumlah RM6,300 berserta faedah kepada tiga individu di sebuah unit kondominium di Jalan Kuching, Taman Wahyu, di sini antara 16 Ogos dan 19 Okt lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara yang boleh sampai lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Zulaaikha Mohd Apandi tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kesemua tertuduh memandangkan ia adalah kesalahan tidak boleh dijamin.
"Namun sekiranya mahkamah ingin membenarkan ikat jamin, saya memohon jaminan RM30,000 untuk setiap pertuduhan bagi setiap tertuduh dengan syarat tambahan pasport mereka diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai," katanya
Peguam Luqman Hakim Azhar, yang mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan minimum dalam lingkungan RM10,000 bagi setiap pertuduhan untuk setiap tertuduh dan memaklumkan anak guamnya bersedia menerima syarat tambahan yang ditetapkan mahkamah.
Hakim M Bakri Abd Majid membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan berserta syarat tambahan yang dipohon oleh pihak pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 21 Nov untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 21 2022
Lima lelaki mengaku tidak bersalah ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tiga pertuduhan menjalankan perniagaan pemberi pinjaman wang tanpa lesen sejak Ogos lepas. --fotoBERNAMA
16 nyawa terkorban di India dan Bangladesh akibat puting beliung
Sekurang-kuranganya 16 dilaporkan terkorban sementara jutaan terjejas akibat terputus bekalan kuasa susulan angin kencang dan hujan lebat mencetuskan taufan besar pertama tahun ini, melanda pantai India dan Bangladesh pada Isnin.
Dua pegawai kanan polis didakwa terima rasuah RM.125 juta
Ketua Penolong Pengarah Siasatan Perakaunan Forensik dan Ketua Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Selasa.
Kalau ada perkembangan saya akan maklumkan - TPM
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sendiri akan memaklumkan perkembangan terbabit jika ada sebarang maklumat terbaru.
Kod QR pelepasan Imigresen di BSI, KSAB akan dimuktamad
Penggunaan kod QR di BSI dan KSAB antara pendekatan dalam menangani kesesakan di sempadan Malaysia-Singapura.
Dua beranak maut rempuh lori parkir tepi jalan
Seorang kanak-kanak perempuan bersama ibunya maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori yang diparkir di tepi jalan.
HAWANA 2024 iktiraf peranan pemain industri media - Teo
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berakhir semalam menjadi platform untuk meraikan sumbangan para pemain industri media.
Polis buru penyokong rosakkan pagar Stadium MBPJ
Insiden tersebut dianggap sebagai tindakan ganas apabila merobohkan pagar stadium sebagai tanda ingin keluar selepas tamat perlawanan.
Apung harga diesel? Tunggu pengumuman - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan sebarang tindakan mengapungkan harga diesel mengikut harga pasaran semasa akan dilakukan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Berkat keyakinan tinggi, Jerman sasar juara Euro 2024
Jerman, mensasarkan gelaran juara Euro 2024 di hadapan peminat tempatan sebagai mercu bermain di tempat sendiri.
Isu gandar : 575 unit Chery Omoda 5 selesai jalani pemeriksaan
Sebanyak 575 unit kenderaan model Omoda 5 keluaran Chery telah diperiksa sehingga 27 Mei, jelas Menteri Pengangkutan Anthony Loke
Anak MB Perlis tiba di mahkamah
Beliau tiba di Kompleks Mahkamah Kangar kira-kira jam 8.05 pagi sebelum bergerak ke Mahkamah Sesyen pada jam 8.45 pagi.
Ejen insurans didakwa atas kesalahan merompak dan mencederakan
Tertuduh, Mohammad Hasbullah Mustafa Kamal, 33, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Hamidah Mohamed Deril.
Pengarah didakwa pindah wang milik syarikat lebih RM800,000
Seorang pengarah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memindahkan wang milik syarikatnya berjumlah lebih RM800,000 ke syarikat lain, dua tahun lepas.
Rogol anak hingga lahirkan bayi, bapa durjana dipenjara 20 tahun, 5 sebatan
Hakim, Mohamad Kamil Nizam menjatuhkan hukuman terbabit terhadap tertuduh yang berusia 44 tahun selepas menerima pengakuan bersalahnya atas pertuduhan dibacakan.
Mahkamah tolak saman pegawai khas AG terhadap Rewcastle-Brown
Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah yang difailkan oleh iaitu Mabel Sheela Mutthiah terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
Pekerja swasta didakwa jual rumah tanpa lesen
Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Menara HSC di Wangsa Maju di sini pada 23 Mei 2019.
Penganggur mengaku bersalah rompak wanita guna parang
Tertuduh, Mohd Fauzan Mat Ali, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.