Lima mayat dipercayai mangsa banjir lumpur akibat kejadian tanah runtuh di Ladang Sen Fu, Tongod, Kinabatangan Sabtu lepas, ditemukan di lokasi berasingan di Sungai Pinangah, Tongod.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintenden A.Sahak Rahmat. berkata mayat lima mangsa itu ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini sebelum ditangguhkan pada 6 petang.
Dua mayat ditemui semalam oleh penduduk kampung di sungai berhampiran Kampung Masaum, tiga lagi mayat ditemukan hari ini oleh pasukan SAR iaitu dua di sungai berhampiran Kampung Pasik dan seorang berhampiran Kampung Mangkuwagu.
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan hari ini berkata semua mayat dibawa menggunakan bot ke jeti di Kampung Pinangah hari ini dan diserahkan kepada pihak polis.
"Tiga lagi mangsa belum ditemukan berikutan maklumat diperoleh hari ini daripada pasukan SAR di kawasan kejadian Ladang Sen Fu dan Pinangah terdapat lapan mangsa hilang dalam kejadian itu," kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, lima mayat yang ditemukan adalah tiga lelaki termasuk dua kanak-kanak dan dua perempuan dewasa.
Operasi yang masuk hari keempat hari ini membabitkan 17 anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (Storm), lapan anggota Pasukan Multi-Skill Team (MUST), 10 anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Zon Sandakan serta lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan polis turut terlibat dalam operasi SAR itu.
Operasi SAR tertumpu di sepanjang sungai Pinangah, manakala operasi SAR di kawasan Sungai Labou menumpukan pencarian mangsa lain yang tertumpu di bawah timbunan kayu balak, batu dan lumpur di tempat kejadian.
Pada kejadian 1 April lepas, banjir lumpur akibat tanah runtuh menghempap tiga rumah pekerja di ladang kelapa sawit itu menyebabkan lapan penghuni rumah tersebut hilang dihanyutkan banjir lumpur. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2017
BAHAYA... Seorang anggota pasukan penyelamat melintasi jambatan kayu usang yang rosak teruk akibat banjir lumpur yang melanda Ladang Kelapa Sawit Sen Fu Tongod Kinabatangan Sabtu lepas, hari ini. - Foto Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
Banjir di Kelantan pulih, PPS terakhir ditutup petang ini
PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 yang menempatkan 41 orang ditutup sekitar 5 petang tadi.
Kebersihan Bandaraya Diraja Klang: Selangor terima teguran Sultan Sharafuddin
Kerajaan Selangor menerima dengan hati terbuka teguran Sultan Sharafuddin yang menzahirkan keprihatinan berhubung tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang.
Mangsa banjir di Pantai Timur meningkat, Perak, Johor kekal
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan berterusan di beberapa negeri sehingga esok, termasuk Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, dan Terengganu.
Semakin ramai mangsa banjir di Pantai Timur, Johor ditempatkan di PPS
Situasi banjir di Pantai Timur dan Johor bertambah buruk malam ini apabila semakin ramai mangsa ditempatkan di PPS.
Cadangan bina PPK langkah proaktif hadapi bencana - Timbalan Premier
Pembinaan pusat pemindahan kekal (PPK) terutamanya di kawasan berisiko banjir merupakan langkah proaktif kerajaan dalam menghadapi bencana.
PDRM siap sedia hadapi gelombang banjir seterusnya - Ayob Khan
PDRM bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Amaran hujan lebat tahap buruk, waspada di enam negeri
Hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis ini dijangka berlaku di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah.
Keterlibatan sukarelawan wanita penting dalam misi bantuan bencana
Nilai empati dan sifat prihatin wanita yang lebih dominan membantu dari segi bantuan psikosial kepada mangsa banjir.
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang hingga esok
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu dan Pahang sehingga esok.