LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak menahan sebuah bot nelayan tradisional disyaki dari Indonesia, kira-kira 13 batu nautika barat daya Pulau Buloh, dekat sini, petang semalam.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, tangkapan berkenaan dilakukan kita-kira jam 1 oleh bot ronda selepas mengesan satu kontek curiga semasa rondaan bersepadu Op Benteng dan Op Pintas yang dijalankan sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati, bot itu dikendalikan lima kru warga Indonesia yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, berumur antara 19 hingga 35 tahun bersama hasil laut dianggarkan 50 kilogram.
“Ketika ditahan, bot tanpa nombor pendaftaran itu sedang melakukan aktiviti perikanan berhampiran Pulau Buloh dan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu tiada kebenaran bertulis daripada Pengarah Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Shahrizan berkata, kru dan tekong telah ditahan bersama 50 kilogram ikan campur dan dibawa ke Pusat Tahanan Vessel (PTV) Kampung Bharu untuk tindakan lanjut.
Menurut beliau, penahanan itu membuktikan komitmen dan kepekaan Maritim Malaysia terhadap setiap maklumat serta aduan daripada komuniti nelayan berkaitan salah laku serta pencerobohan perairan.
Justeru itu, beliau meminta orang ramai memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat lengkap melalui talian MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Perak 05 - 683 8737.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Apr 25 2021
Maritim Malaysia menahan sebuah bot nelayan tradisional disyaki dari Indonesia, kira-kira 13 batu nautika barat daya Pulau Buloh, semalam. - Foto Maritim Malaysia
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Kapal kargo terbakar, 12 kru diselamatkan
Kebakaran berkenaan dilapor oleh Vessel Traffic Management System (VTMS) Pasir Gudang.
Aidilfitri: 'Demi tugas kepada negara, semua itu terpaksa dilupakan'
Mendengar takbir raya bergema di tengah lautan biru semasa Hari Raya Aidilfitri membuatkan anggota Maritim Malaysia teringat-ingat dan merindui air tangan ibunya untuk dijamah pada 1 Syawal.
Polis kenal pasti seorang suspek tembak anggota Maritim Malaysia di perairan Kunak
Polis mengenal pasti seorang daripada tiga suspek dipercayai terlibat dalam kes tembak dua anggota Maritim Malaysia di perairan Kunak semalam.
Dua anggota Maritim Malaysia cedera ditembak di perairan Kunak, Sabah
Dua anggota Maritim Malaysia cedera ditembak ketika sedang menjalankan rondaan Op Khas Pagar Laut di perairan Kunak pagi tadi.
OP Khas Pagar Laut rekod nilai tangkapan hampir RM5.5 juta sehingga semalam - Maritim Malaysia
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah merekodkan 104 kes tangkapan dengan nilai tangkapan hampir RM5.5 juta sehingga semalam.
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.
Arus deras, dasar laut berlumpur sukarkan pencarian kotak hitam helikopter AW139
Maritim Malaysia, bagaimanapun, positif akan menjumpainya dalam masa terdekat berdasarkan kedudukan terkini dikesan
Warga APMM disaran jadikan Ramadan medan perbaiki diri
Hamid berkata, warga agensi itu perlu meletakkan integriti sebagai tunjang dalam diri terutama ketika melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Insiden Pulau Angsa: APMM masih siasat punca kejadian
Maritim Malaysia masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar helikopter jenis AW139 kendalian agensi itu melakukan pendaratan cemas di perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor, pada 5 Mac lepas.
Cubaan enam PATI menyusup keluar pulang ke negara asal gagal
Enam PATI ditahan Maritim Malaysia selepas gagal meloloskan diri pulang ke negara asal di perairan Tampok, Pontian.