Lima sahabat berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka ketika memancing ikan mengalami kerosakan enjin dan hanyut dibawa arus ke periaran Tanjung Piai.
Menurut Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksmana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rasid, kesemua mangsa yang berumur 25 hingga 50 tahun keluar memancing jam 5 pagi pada Ahad.
Katanya kesemua mereka dijumpai terkandas oleh bot peronda Maritim yang bertugas pada kedudukan 2.6 batu nautika Timur Laut Tanjung Piai kira-kira jam 12.30 tengah hari, Ahad.
"Kesemua mereka berasal dari Kg. Pendas, Gelang Patah telah keluar ke laut dengan menaiki bot gentian kaca berukuran 27 kaki panjang menuju ke lokasi yang telah dirancang.
"Secara tiba-tiba bot yang mereka naiki menggalami kerosakan pada bahagian enjin. Keadaan bertukar menjadi panik akibat cuaca buruk dan bot tersebut dipukul ombak sehingga bot mereka hanyut dibawa arus.
"Setiba di lokasi tersebut, pihak kami cuba untuk membaiki kerosakan pada enjin tersebut namun gagal disebabkan keadaan cuaca dan laut yang bergelora dan juga peralatan yang terhad," katanya dalam satu kenyataan kepada media.
Menurut Aminuddin, kesemua mangsa yang terkandas berjaya diselamatkan tanpa menggalami sebarang kecederaan.
"Kesemua mereka telah dibawa menaiki bot Maritim dan bot yang rosak telah di tunda oleh rakan nelayan tempatan ke Jeti Kg. Pendas," katanya.
Astro Awani
Sun Oct 06 2019
Kesemua mangsa yang terkandas berjaya diselamatkan tanpa menggalami sebarang kecederaan. - Foto: APMM
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Semua penerbangan menuju ke bandar "Tehran, Isfahan dan Shiraz, lapangan terbang Barat, Barat Laut dan Barat Daya di Iran telah digantung.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
Pembelian empat helikopter AW189 APMM lancar, kelengkapan pesawat dimuktamad
Sesi ini membabitkan tinjauan pihak pengurusan kanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke fasiliti pembuatan pesawat tersebut di Leonardo Helicopters Division, Vergiante Plant, Milan, Itali.
Pendaratan cemas elak keadaan lebih mudarat - Pakar penerbangan
Lazimnya ia berlaku apabila kemungkinan situasi itu tidak dapat diatasi dalam masa terdekat dan perlu dilakukan.
Insiden Pulau Angsa: Helikopter terbang rendah, berpusing-pusing sebelum jatuh dalam laut - Saksi
Saksi terkejut apabila melihat sebuah helikopter terbang rendah dan berpusing-pusing sebelum jatuh ke laut.
Insiden Pulau Angsa: Bangkai helikopter APMM dijangka dibawa keluar petang ini
Sehingga itu, polis melakukan pengawasan bagi memastikan keselamatan di sekitar lokasi kejadian.
Insiden helikopter terhempas di Pulau Angsa: Empat termasuk juruterbang selamat - CAAM
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah helikopter yang dikendali oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terhempas di perairan Pulau Angsa, Klang, Selangor.
Helikopter APMM lakukan pendaratan cemas di Pulau Angsa
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.55 pagi Selasa ketika melakukan latihan menyelamat.
Kapal APMM OPV1 dinamakan KM Tun Fatimah
Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV 1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dinamakan sebagai Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah.
Operasi kesan lelaki dikhuatiri lemas diperluas - APMM Terengganu
Operasi semalam yang membabitkan kawasan seluas 50.4 batu nautika, ditamatkan pada 7 petang kerana keadaan gelap dan ombak bergelora.
Maritim Malaysia rekod nilai rampasan RM101.9 juta tahun lepas
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merekodkan RM101.9 juta nilai rampasan dan 1,200 tangkapan atas pelbagai kesalahan tahun lepas.
APMM tahan 11 warga Thailand tangkap siput buluh di perairan Perlis
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 11 warga Thailand yang disyaki melakukan aktiviti menangkap siput buluh di kedudukan 1.2 batu nautika dari barat muara Sungai Baru, semalam.