awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana 99 projek baik pulih cerun libat kos RM77.3 juta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima sekeluarga maut: Ibu saudara sempat telefon mangsa

Bernama
Bernama
07/06/2025
08:00 MYT
Lima sekeluarga maut: Ibu saudara sempat telefon mangsa
Lima sekeluarga maut dalam kemalangan di KM 7 Jalan Jerantut-Maran ketika dalam perjalanan menyambut Aidiladha. - Gambar/ JBPM
JERANTUT: 'Kalau dah sampai situ, tak jauh dah dari simpang rumah Mak Ngah', ungkapan terakhir sebelum perbualan telefon antara Norhayati Ismail, 60, bersama mangsa Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23, terputus.

Ringkasan AI
  • Lima sekeluarga maut dalam kemalangan di KM 7 Jalan Jerantut-Maran ketika dalam perjalanan menyambut Aidiladha, termasuk Nur Arfiqah, 23, yang sempat menghubungi ibu saudaranya sebelum kejadian.
  • Kemalangan melibatkan Perodua Bezza yang dipandu Mohamad Ikmal dan sebuah Toyota Alphard dari arah bertentangan, menyebabkan kesemua mangsa termasuk adik-beradik Nur Arfiqah terkorban.
  • Ahli keluarga yang menunggu ketibaan mereka di rumah berdekatan lokasi kejadian bergegas ke tempat nahas selepas panggilan telefon terputus dan menerima maklumat kemalangan, menyaksikan sendiri keadaan tragis mangsa.

Nur Arfiqah antara mangsa daripada lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di KM 7 Jalan Jerantut-Maran tengah malam tadi.
Turut terkorban, pemandu kereta Mohamad Ikmal Ishak, 26, adik kepada Nur Arfiqah, iaitu Mohammad Zulkifli, 21, Mohamad Azizul Hakimi, 19, dan Nurul Hazwani, 17.
Norhayati berkata ketika panggilan itu terputus dia mula berasa tidak sedap hati dan cuba berkali-kali menghubungi semula mangsa.
"Kemudian, saya terdengar seseorang cakap, 'eh, dia orang ni pengsan kot'. Selepas itu, saya terdengar bunyi isyarat kereta ... selepas itu ada orang jawab dan bercakap, 'ada kemalangan di Batu 58'," katanya kepada pemberita di Unit Forensik Hospital Jerantut di sini hari ini.
Norhayati kemudian meminta suami menelefon anaknya, Muhammad Azuwan Arif Shah, 34, untuk pergi ke lokasi kejadian yang hanya 500 meter dari rumahnya.
Selain itu, Muhammad Azuwan tidak menyangka niat lima sekeluarga itu untuk datang menyambut Aidiladha di rumah ibunya di Paya Gunung di sini, bertukar tragedi.
"Selepas saya dapat panggilan daripada mak, Saya terus ke tempat kejadian dan tiba di sana saya melihat ada seorang mangsa terbaring atas jalan, saya terus berlari ke kereta mangsa dan saya melihat ada lagi dua orang tersepit di dalam kereta dan tidak sedarkan diri.
" ... Saya cakap pada orang ramai yang ada di situ untuk cari dua lagi sepupu saya, tiba-tiba nampak mangsa berada dalam anggaran 10 meter," katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Zukri Muhammad berkata nahas dipercayai berlaku apabila sebuah Toyota Alphard yang dalam perjalanan dari arah Maran menghala ke bandar Jerantut berlanggar dengan Perodua Bezza yang dipandu Mohamad Ikmal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#kemalangan maut
#balik kampung
#lima sekeluarga maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami