awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima 'Superman' ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
09/01/2022
21:25 MYT
Lima 'Superman' ditahan
Antara yang ditahan selepas menunggang motosikal secara berbahaya dalam Op Samseng Jalanan pada Sabtu. - Foto Facebook/Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya
BAYAN LEPAS: Lima samseng jalanan ditahan selepas didapati menunggang secara berbahaya di Jalan Tengah Bayan Baru - Lebuh Raya Tun Dr Lim Cheung Eu di sini pada Sabtu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, kesemua penunggang motosikal terbabit ditahan dalam Op Samseng Jalanan yang bermula jam 12 tengah malam sehingga 5 pagi.
Menurut kenyataan itu, pemerhatian yang dilakukan polis mendapati kumpulan samseng jalanan itu menunggang motosikal secara zig-zag dan beraksi 'superman' yang jelas berbahaya kepada diri mereka dan pengguna jalan raya yang lain.
"Lima lelaki telah ditahan dibawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sebuah motosikal disita.
"Sebanyak 22 keping saman dikeluarkan atas lain-lain kesalahan," katanya.
Dalam operasi selama lebih kurang lima jam itu, polis telah menahan lima penunggang beserta motosikal kerana melakukan aksi menunggang secara berbahaya serta melulu dan kesemua motosikal dibawa ke Balai Trafik Bayan Lepas.
Jelasnya, polis akan sentiasa memantau aktiviti samseng jalanan setiap masa terutama pada hujung minggu bagi mengekang aktiviti samseng jalanan ini.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#motosikal
#samseng jalanan
#mat rempit
#superman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan