Langkah pasukan jemputan dari Singapura, Lions XII untuk bergelar juara Liga Super semakin hampir apabila mengalahkan Selangor PKNS FC 3-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam ini.

Kutipan tiga mata itu membolehkan Lions XII terus utuh di kedudukan teratas liga selepas mengumpul 38 mata dengan kelebihan empat mata di hadapan pencabar utama Johor Darul Takzim selepas 18 perlawanan.

Usaha Selangor PKNS FC untuk menyekat peluang skuad kendalian V.Sundramoorthy lebur apabila Hariss Harun menjaringkan gol pertama pada minit ke-54.

Pemain tengah skuad Lions XII, Nazrul Nazari menambah duka bagi pasukan pelawat selepas mengandakan jaringan empat minit kemudian.

Khairul Nizam mengesahkan kemenangan bagi pasukan tuan rumah apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ke-89.

Pemain import Selangor PKNS FC, Patrick Ronaldinho mengurangkan defisit jaringan apabila berjaya menjaringkan gol tunggal bagi pasukan pelawat pada minit ke-91 masa kecederaan.