Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini mendahului menteri dan timbalan menteri yang baru dilantik, mengangkat sumpah memegang jawatan, taat setia dan menyimpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan
Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Dalam istiadat yang berlangsung di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini, dua orang yang dilantik menteri iaitu Datuk Mah Siew Keong dan Datuk Dr Wee Ka Siong serta timbalan menteri terdiri daripada Datuk Lee Chee Leong, Datuk Chua Tee Yong dan Datin Paduka Chew Mei Fun, turut mengangkat sumpah memegang jawatan.
Kesemua mereka juga menandatangani dokumen sumpah menyimpan rahsia di hadapan Presiden Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif disaksikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Pada pengumuman Rabu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menamakan Liow yang juga Presiden MCA sebagai Menteri Pengangkutan, Mah yang juga Presiden Gerakan dan Wee, Timbalan Presiden MCA, masing-masing dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Lee Chee Leong pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Chua sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Chew sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Yang turut hadir pada majlis itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, serta para pemimpin parti komponen Barisan Nasional.
Liow, 53, berasal dari Melaka, menyertai barisan Kabinet pada 2008 dengan memegang portfolio Menteri Kesihatan sehingga pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 Mei tahun lepas. Sebelum itu, Liow menjadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada Februari 2006.
Mah, 53, pula menyertai Kabinet buat kali pertama. Beliau dilantik menjadi menteri selepas memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan mengalahkan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud pada pilihan raya kecil kawasan itu akhir bulan lepas dengan majoriti undi 238.
Dalam kerajaan, presiden Gerakan itu pernah menjadi timbalan menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 2004 dan timbalan menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 2006 hingga 2008.
Wee, 46, pula merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains daripada London School of Economics dan Sarjana Dalam Bidang Pembuatan daripada City University London serta Ijazah Perundangan (LLB) dengan kepujian daripada University of East London dan menjadi timbalan menteri pendidikan dari 2008 hingga 2013.
Beliau menjadi anggota Parlimen Ayer Hitam di Johor selama tiga penggal berturut-turut sejak 2004 hingga sekarang.
Lee, 56, pula mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran dan beliau pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Perak (1995-1999) serta menjadi anggota Dewan Undangan Negeri Perak pada 1990 hingga 2004.
Chua, 37, yang merupakan anak kepada bekas Presiden MCA Tan Sri Dr Chua Soi Lek pernah menjadi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani manakala Lee sebagai Timbalan Menteri Luar (2009-2010), dan Timbalan Menteri Dalam Negeri (2010-2013).
Pelantikan Chew, 50, sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pula ibarat sirih pulang ke gagang kerana beliau pernah memegang jawatan sama dari tahun 2009 hingga 2010 selain menjadi anggota Parlimen Petaling Jaya Utara untuk dua penggal berturut-turut pada PRU 1999 dan 2004.
Bernama
Fri Jun 27 2014
Ucapara angkat sumpah menteri, timbalan menteri baharu - Foto BERNAMA
KPDN gesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan segera kad fleet
KPDN menggesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan di Semenanjung Malaysia yang terpilih untuk segera memohon kad fleet.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 762 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 717 sen sekilogram.
Kemasukan ke hospital kerana hisap 'vape', termasuk golongan kanak-kanak meningkat 733 peratus dalam 4 tahun
Kemasukan kanak-kanak kerana penyakit berkaitan mengevap merupakan enam peratus daripada jumlah kemasukan keseluruhan dalam tahun 2020.
Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa
KPWKM bersedia memberikan bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7785/7820 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7750/7785 pada Isnin.
Forum Umrah dan Ziarah 2024 kini bermula
Setiap tahun, jutaan umat Islam mengembara ke Mekah dan Madinah untuk mengerjakan umrah.
Bagi mencari penyelesaian yang bermakna buat jemaah, Forum Umrah & Ziarah 2024 menjadi medan penting dalam mengumpulkan semua pemain industri serta pakar berkaitan pendekatan yang lebih baik untuk pengalaman umrah yang bermakna.
#UmrahZiarah2024
Bagi mencari penyelesaian yang bermakna buat jemaah, Forum Umrah & Ziarah 2024 menjadi medan penting dalam mengumpulkan semua pemain industri serta pakar berkaitan pendekatan yang lebih baik untuk pengalaman umrah yang bermakna.
#UmrahZiarah2024
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat dijangka selesai esok
Pihak hospital telah menerima sepuluh jenazah anggota TLDM bagi prosedur bedah siasat sekitar jam 6 petang.
Break The Siege: Turki terus diasak kuasa besar untuk batalkan misi
Wartawan Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla di mana Kerajaan Turki dilaporkan terus dilobi beberapa negara kuasa besar bagi membatalkan Misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual berlepas pada 24 April 2024.
Perkembangan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun
Semua jenazah nahas dua buah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM pagi tadi selamat tiba di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh tepat jam 6.00 petang tadi.
Difahamkan, proses bedah siasat akan dijalankan di hospital berkenaan.
Perkembangan lanjut, kita bersama Ridauddin Daud yang kini berada di Ipoh.
Difahamkan, proses bedah siasat akan dijalankan di hospital berkenaan.
Perkembangan lanjut, kita bersama Ridauddin Daud yang kini berada di Ipoh.
Dua ahli politik DAP tarik balik rayuan keputusan mahkamah berhubung saman fitnah
Dua ahli politik DAP menarik balik rayuan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan mereka membayar RM350,000 kepada bekas setiausaha agung MCA Datin Paduka Chew Mei Fun.
Kebiadapan Nazri Aziz antara punca kejatuhan BN - MCA
Nazri Aziz adalah di antara nama-nama pemimpin BN yang tersenarai dalam golongan pemimpin biadap dan angkuh.
Chew Mei Fun wanita pertama dilantik Setiausaha Agung MCA
Parti MCA mengumumkan pelantikan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun.
Saya bukan calon payung terjun - Chew Mei Fun
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Raub, Datin Seri Chew Mei Fun menegaskan bahawa beliau bukanlah sekadar calon payung terjun diletakkan pucuk pimpinan BN di kerusi parlimen itu.
Jumlah warga emas melebihi generasi muda selepas 2045
Rakyat Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas akan melebihi jumlah mereka yang berusia bawah 15 tahun selepas 2045.
Pengasuh Taska wajib ada SPM mulai tahun depan - Chew
Kerajaan bercadang menetapkan syarat kelayakan pengasuh taska untuk pendaftaran baharu mesti mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
65 taska, 11 pusat jagaan kanak-kanak dibatal pendaftaran dari Jan-Sept 2016
Sebanyak 65 Taska dan 11 pusat jagaan kanak-kanak dibatalkan pendaftaran kerana gagal mematuhi Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 sejak Januari hingga September tahun ini.
Kerajaan tidak cadang tambah rumah kebajikan warga emas - Chew
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Chew Mei Fun berkata kerajaan tidak bercadang menambah rumah kebajikan bagi menempatkan warga emas.
Jerebu: Indonesia perlu beri pampasan kepada Malaysia
Kerajaan Malaysia wajar menuntut pampasan daripada kerajaan Indonesia terhadap kerugian yang dialami oleh sektor perniagaan dan pelancongan akibat masalah jerebu yang melanda negara ini.
Isu 'Low Yat 2' diharap tidak jejas hubungan komponen BN - Ismail Sabri
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ismail Sabri Yaakob berharap isu cadangan "Low Yat 2" tidak akan menjejaskan hubungan antara parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).