awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lokasi Sajat sudah dikenal pasti - Polis

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
14/06/2021
14:20 MYT
Lokasi Sajat sudah dikenal pasti - Polis
Nur Sajat merupakan seorang saksi yang perlu hadir bagi prosiding perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Ampang Jaya pada 14 Julai ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti lokasi persembunyian usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat yang sedang dikesan pihak berkuasa negara ini.
Bagaimanapun, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed enggan mendedahkan lokasi sebenar Nur Sajat kerana dikhuatiri menganggu siasatan.
“Kita tahu, cuma saya tak boleh dedahkan kerana ia adalah sebahagian daripada siasatan,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan secara maya di sini, pada Isnin.
Jenayah | Polis sudah tahu lokasi Sajat sembunyi
Terdahulu, Polis Ampang Jaya dalam kenyataan memaklumkan pihaknya sedang mengesan usahawan kosmetik kontroversi itu bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.
Nur Sajat merupakan seorang saksi yang perlu hadir bagi prosiding perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Ampang Jaya pada 14 Julai ini.
Menurut kenyataan itu, Nur Sajat dikesan beralamat terakhir di No 2, Jalan Polo Country Club Selangor, 10/3 Kota Damansara, Seksyen 10, Petaling Jaya.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu,
Media sebelum ini melaporkan, Nur Sajat berkemungkinan berada di luar negara selepas diburu setelah waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Syariah pada 23 Februari lalu.
Waran tangkap itu dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.
Pada 6 Januari lalu, Nur Sajat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas tuduhan sebagai seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita pada 2018 lalu.
Topic Berkaitan
#Sajat
#Nur Sajat
#lokasi
#persembunyian
#polis sudah tahu
#Ketua Polis Selangor
#arjunaidi mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan