KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melanggar prinsip reformasi yang ditegakkan beliau jika menerima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Parti Amanah Negara (Amanah).
Penganalisis Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis berkata, ini kerana, budaya itu tidak selaras dengan prinsip reformasi, selain beliau sendiri secara tegas menolak dan tidak menerima budaya lompat parti itu.
Malah, beliau berkata, isu lompat parti itu pula berlaku dalam kalangan pemimpin daripada parti sekutu dalam Pakatan Harapan (PH).
"Barangkali dilihat daripada perspektif prinsip atau peribadi kepimpinan tertinggi PH kerana kita pernah melihat fenomena melompat parti, tetapi kita jarang sekali melihat budaya melompat parti yang hanya bertukar daripada kapal A kepada kapal B tetapi dalam (gabungan) sama.
"Jika PKR membuat keputusan untuk menerima tiga Adun yang melompat parti itu, prinsip Anwar sudah lari sedikit daripada apa yang diperjuangkan.
"Ini kerana pada 2018 dan 2019, Anwar menegaskan bahawa PKR tidak menerima budaya lompat parti, malah prinsip itu juga tidak selaras dengan prinsip reformasi PKR," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Ahad.
Sebelum ini, lima Adun Amanah termasuk tiga dari Johor bertindak keluar parti dan berhasrat untuk menyertai PKR.
Mereka masing-masing ialah Adun Senggarang, Khairuddin A Rahim; Adun Serom, Faizul Amri Adnan serta Adun Mahkota, Muhamad Said Jonit.
Selain tiga Adun dari Johor, turut didakwa bertindak keluar parti adalah dua Adundari Selangor.
Dalam pada itu, Mujibu berkata, Amanah perlu lebih proaktif untuk mengambil pendekatan yang ada dalam parti termasuk tindakan disiplin terhadap individu tertentu sebelum dipanjangkan kepada pimpinan peringkat PKR.
"PKR masih belum ada keputusan sama ada mahu menerima atau menolak kemasukan ADUN berkenaan, namun pemimpin parti Amanah boleh mengambil tindakan dalaman dalam menyelesaikan itu tersebut.
"Ini bagi memastikan isu tersebut tidak berlarutan kerana ia melibatkan ketuanan parti, apatah lagi individu yang bertindak keluar parti itu adalah bukan ahli biasa, sebaliknya mempunyai kerusi penting dalam survival Amanah di negeri mahupun di pusat," ujarnya.
Fauzi Suhaimi
Sun Feb 28 2021
Mujibu berkata, budaya lompat parti tidak selaras dengan prinsip reformasi, selain Anwar sendiri secara tegas pernah menolak dan tidak menerima budaya itu. - Gambar Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).