JOHOR BAHRU: 'Long Tiger', lelaki etnik Rohingya kini menjalani reman dan kuarantin di Penjara Sungai Udang, Melaka bermula semalam sehingga 18 Jan ini.
Pemangku Ketua Polis Johor Datuk Khaw Kok Chin berkata Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, direman untuk disiasat mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.
Beliau berkata sebelum ini individu terbabit direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak bermula 29 Dis sehingga 3 Jan lepas mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan.
"Reman penjara ini bersangkut dengan kes lama di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan, apabila kita dapat arahan pertuduhan untuk (kes di bawah) Seksyen 224 Kanun Keseksaan, barulah kita bawanya keluar dan tuduh," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
Jelasnya Long Tiger perlu menjalani kuarantin selama 14 hari yang merupakan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dilalui untuk memasuki penjara.
Sementara itu, beliau berkata lapan individu iaitu seorang wanita dan tujuh lelaki tempatan berusia 30 hingga 40-an, yang turut ditahan dipercayai bersubahat dengan Long Tiger telah dibebaskan atas jaminan polis.
Pada 15 Dis lepas, Abdul Hamim dipercayai meloloskan diri melalui pintu utama mahkamah pada pukul 11.55 pagi sebelum bermula perbicaraan kes mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.
Abdul Hamim pada masa sama turut berdepan dua perbicaraan bagi pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya serta Seksyen 376 kanun sama kerana merogol.
Dalam pada itu mengenai banjir di Johor, Khaw berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan kecurian, kematian dan kehilangan individu susulan bencana itu.
"Setakat ini tiada laporan dan kita juga ada hantar anggota untuk menjaga Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Rondaan juga bukan sahaja untuk pematuhan COVID-19, tetapi fokus juga diberikan kepada PPS dan rumah terkesan banjir yang ditinggalkan supaya rumah mangsa banjir ini selamat," katanya.
Khaw turut menjelaskan setakat ini tiada IPD serta balai-balai di negeri ini yang terjejas banjir dan memaklumkan hanya Galeri Darurat Bukit Kepong di Muar terjejas selepas dinaiki air banjir setinggi kira-kira 15 sentimeter.
Mangsa banjir di Johor mencatatkan seramai 3,985 orang setakat 4 petang ini, dengan 61 PPS yang masih beroperasi melibatkan lima daerah iaitu Segamat kekal jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 2,460; Tangkak (739); Muar (714); Batu Pahat (53); dan Mersing (19).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 06 2022
Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, direman untuk disiasat mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana pemerasan. - Gambar/ Astro AWANI
MB Inc Perak rangkul Pemegang Lesen Terbaik Bahan Radioaktif
Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menerusi anak syarikatnya, Amanjaya Global Sdn Bhd, diiktiraf sebagai Pemegang Lesen Terbaik untuk Kategori Bahan Radioaktif(Kawalan VI) bagi tahun 2021-2023.
Forum Air Dunia ke-10: Badan PBB gariskan dua acara untuk elak krisis air
ESCAP telah menekankan dua langkah yang boleh membantu memastikan kekurangan air bermusim, kemarau dan bencana berkaitan air tidak bertukar menjadi krisis yang berlarutan.
Kedutaan China lancar lagu khas sempena sambutan jubli emas Malaysia-China
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
Polis cari Nur Haziqah Hamidi saksi penting kes 'Long Tiger'
Polis mencari seorang wanita Nur Haziqah Hamidi yang menjadi saksi penting bagi perbicaraan kes berkaitan 'Long Tiger' atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid.
Mahkamah Tinggi batal keputusan lepas tanpa bebas Long Tiger
Hakim Datuk Abu Bakar Katar menetapkan perkara itu selepas mendapati berlaku kekhilafan terhadap keputusan terdahulu yang dibuat.
Keputusan lepas tanpa bebas Long Tiger dicabar
1 Jun depan ditetapkan bagi keputusan semakan kehakiman melibatkan keputusan melepas tanpa membebaskan Long Tiger daripada pertuduhan peras ugut, dua tahun lalu.
Long Tiger dilepas tanpa dibebas bagi kes peras ugut
Mahkamah Majistret Tangkak pada Selasa memberikan perintah pelepasan bukan pembebasan terhadap Abdul Hamim Ab Hamid atau lebih dikenali sebagai Long Tiger.
Lari dari tahanan, 'Long Tiger' dipenjara 12 bulan
Long Tiger atau Abdul Hamim Ab Hamid dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah sdi hadapan Majistret Zaridah Y Abdul Jaapar.
'Long Tiger' akan dituduh 19 Jan ini
Lelaki berketurunan Rohingya dikenali sebagai 'Long Tiger' yang ditahan semula selepas melarikan diri ketika menunggu proses perbicaraan di Mahkamah Majistret Tangkak, akan dituduh pada 19 Jan ini.
Pondan dipenjara lima bulan, sorok 'Long Tiger'
Rusli Mat didakwa mengikut Seksyen 216 Kanun Keseksaan kerana melindungi 'Long Tiger' selama 11 hari.
Reman Long Tiger, tiga lelaki disambung hingga Isnin
Tiga lagi lelaki dipercayai rakan Long Tiger, turut disambung reman bagi tempoh sama.
Kertas siasatan 'Long Tiger' lari dari lokap mahkamah hampir siap - Ayob Khan
Jumlah tangkapan melibatkan kes Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, melarikan diri dari lokap mahkamah itu kekal empat orang.
'Long Tiger' lolos, Ketua Polis Daerah Tangkak, dua pegawai dikenakan tindakan tatatertib
Kertas siasatan yang dibuka PDRM itu turut membabitkan dua pegawai iaitu Ketua Balai Polis dan seorang Inspektor.