MALAYSIA
Lori pasir langgar kabel, tiga tiang lampu tumbang

Insiden itu turut dirakam dan tular di media sosial, memaparkan detik lori berkenaan melanggar kabel sebelum tiang tumbang ke atas jalan.
ISKANDAR PUTERI: Tiga tiang lampu jalan tumbang selepas sebuah lori pasir melanggar kabel elektrik di Jalan Johor Bahru–Gelang Patah–Pendas berhampiran sebuah sekolah, petang Selasa.
Ringkasan AI
- Sebuah lori pasir melanggar kabel elektrik di Jalan Johor BahruGelang PatahPendas kerana bahagian belakang (bucket) tidak diturunkan, menyebabkan tiga tiang lampu jalan tumbang berhampiran sebuah sekolah.
- Pemandu lori berusia 69 tahun tampil membuat laporan polis dan disahkan negatif dadah. Dia tidak mengalami sebarang kecederaan.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai hingga menyebabkan kemalangan, dan insiden tersebut turut tular di media sosial.
“Lori tersebut baru selesai menurunkan muatan tanah di sekitar Gelang Patah dan pemandunya tidak menyedari bucket di belakang masih terangkat.
“Semasa melalui kawasan berhampiran sekolah berkenaan, bucket lori tersangkut pada kabel elektrik hingga menyebabkan tiga tiang lampu tumbang,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, insiden itu turut dirakam dan tular di media sosial, memaparkan detik lori berkenaan melanggar kabel sebelum tiang tumbang ke atas jalan.
Katanya, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan hasil ujian air kencing juga mendapati lelaki itu negatif dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai hingga menyebabkan kemalangan. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami