awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jurulatih Senegal tinggalkan sidang media selepas diejek wartawan
Lembaga Keamanan Gaza di bawah AS tawar keahlian tetap dengan bayaran AS$1 bilion
Angka korban nahas tren berkelajuan tinggi tergelincir di Sepanyol meningkat kepada 21
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori terbabas di Rompin: Seorang lagi warga Bangladesh meninggal dunia

Bernama
Bernama
18/01/2026
23:25 MYT
Lori terbabas di Rompin: Seorang lagi warga Bangladesh meninggal dunia
Keadaan lori terbabit nahas di Jalan Selancar-Redong dalam kejadian yang meragut nyawa dua warga Bangladesh pada Sabtu. - Foto Polis Rompin/Sinar Harian
KUANTAN: Seorang lagi buruh ladang kelapa sawit warga Bangladesh yang terlibat dalam kemalangan selepas lori dinaiki terbabas di Jalan Selancar-Redong dekat Kampung Perwira Jaya, Rompin pada Sabtu meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Rompin Supt Sharif Shai Sharif Mondoi berkata mangsa, Mohamad Askar, 41, meninggal dunia di Hospital Segamat, Johor pada 4.15 petang semalam, yang menjadikan jumlah kematian tiga orang.
"Mangsa yang merupakan penumpang di belakang lori berkenaan cedera parah di bahagian kepala dan dibawa ke hospital berkenaan untuk rawatan lanjut manakala dua lagi rakan senegaranya meninggal dunia di lokasi kejadian semalam," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Sementara itu, beliau berkata rakan senegara mangsa yang memandu lori muatan barangan racun kelapa sawit itu direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau berkata hasil saringan ujian air kencing ke atas pemandu lori berusia 45 tahun itu didapati negatif.
Pada Sabtu, media melaporkan dua warga Bangladesh, iaitu Md Kader, 34, dan Md Dalim, 30, maut di lokasi kejadian selepas lori dinaiki terlibat dalam kemalangan berkenaan.
Nahas berkenaan dipercayai berlaku ketika pemandu lori yang membawa tiga penumpang terbabit cuba memotong sebuah kereta, namun hilang kawalan sebelum terbabas ke sebelah kiri jalan dan terbalik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#warga Bangladesh maut
#kemalangan jalan raya
#Rompin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan