KUALA LUMPUR: Lembaga Penapisan Filem (LPF) sedang meneliti semua aspek berkaitan filem 'Mentega Terbang' secara menyeluruh sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan LPF mengambil maklum akan isu yang berbangkit berhubung filem berkenaan yang telah mendapat perhatian masyarakat umum setelah ulasan awam bagi filem itu tular di media sosial.
Menurut KDN berdasarkan semakan, filem berkenaan tiada dalam rekod penapisan LPF dan ditayangkan secara dalam talian (melalui platform Internet).
"Oleh yang demikian, tayangan atau penstriman filem 'Mentega Terbang' ini adalah di luar bidang kuasa LPF.
"LPF bagaimanapun sentiasa peka dan komited dalam memastikan unsur negatif termasuk elemen yang bertentangan dengan akidah dalam filem dapat dicegah daripada disiarkan, dipamerkan, disebarkan, ditayangkan atau diedarkan secara konvensional kepada masyarakat umum di Malaysia," menurut kenyataan itu.
Berikutan itu, filem berkenaan tidak mempunyai kelulusan LPF untuk tujuan tayangan umum dan masyarakat awam yang mendapati filem itu ditayangkan secara konvensional boleh membuat aduan kepada Pejabat Penapisan Filem, KDN atau Sistem Pengurusan Aduan Awam KDN.
Filem Mentega Terbang yang disiarkan secara percuma di platform penstriman digital dibantah umat Islam di negara ini kerana didakwa mengandungi unsur pluralisme agama yang boleh menjejaskan akidah.
Hari ini, Persatuan Seniman Malaysia membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung filem itu yang didakwa menghina Islam serta kandungan berbaur hasutan secara terbuka dalam beberapa babak filem berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 03 2023
Menurut KDN berdasarkan semakan, filem berkenaan tiada dalam rekod penapisan LPF dan ditayangkan secara dalam talian (melalui platform Internet). - Gambar fail/BERNAMA
Bukan tidak cakna gerakan 'Eyes On Rafah'... ini penjelasan Ning Baizura!
Ning Baizura nafi tidak sensitif mengenai situasi semasa di Palestin dan gerakan All Eyes On Rafah.
Seorang maut, lapan cedera serangan udara Israel di kem pelarian Jenin
Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat.
Serangan Balai Polis: Tujuh individu direman hari ini
Tujuh individu, termasuk lima ahli keluarga suspek, akan direman bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Dua anggota polis maut dalam kejadian tersebut.
Kita bersama wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqilla Omar, yang akan mengikuti liputan berkenaan hari ini.
Kita bersama wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqilla Omar, yang akan mengikuti liputan berkenaan hari ini.
AWANI Pagi: Kapas Marathon Crossing Swimathon 2024
Kerajaan Negeri Terengganu anjur kejohanan sukan renang marathon patuh syariah, yang pertama di Malaysia.
Sistem e-Jamin diteruskan
Kerajaan akan meneruskan penggunaan sistem pengurusan ikat jamin elektronik atau e-Jamin.
Israel pertahan hak serang Rafah di ICJ
Pasukan peguam Israel di ICJ menegaskan ia mempunyai hak mempertahankan diri dari Hamas, walaupun Afrika Selatan memohon hentikan serangan di Rafah.
Bantuan AS untuk Gaza tiba di Cyprus menanti pemindahan
White House mengesahkan bantuan tambahan AS untuk Gaza kini tiba di Cyprus, menunggu pemindahan melalui jeti sementara yang dibina di wilayah itu.
FIFA dapatkan nasihat perundangan sebelum gantung Israel
FIFA akan mendapatkan nasihat perundangan sebelum bersidang pada Julai untuk membincangkan permohonan Palestin menggantung Israel dari perlawanan antarabangsa.
Alami era baharu televisyen dikuasakan AI daripada Samsung
Empat ciri utama diketengahkan: 'AI Image Upscaling', 'AI Sound', 'AI Energy Mode', dan paling penting, 'AI Security.'
ProAIBI2024 anjuran Politeknik dan Kolej Komuniti fokus Kelestarian Alam Bina
ProAlBi 2024 tahun ini memperkenalkan segmen baru dengan kolaborasi antarabangsa dari Kolok Industrial and Community Education College, Thailand.
LPF tidak akan lulus filem papar kandungan LGBTQ - Saifuddin Nasution
Lembaga Penapisan Filem (LPF) tidak akan meluluskan tayangan mana-mana filem yang memaparkan kandungan mempromosi gaya hidup LGBTQ, bergantung kepada keseluruhan jalan cerita.
LPF teliti filem 'Mentega Terbang' sebelum ambil tindakan - KDN
Lembaga Penapisan Filem (LPF) sedang meneliti semua aspek berkaitan filem 'Mentega Terbang' secara menyeluruh sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
Finas cadang akta khusus kawal selia kandungan platform digital
Tindakan itu perlu memandangkan kandungan digital seperti Netflix tidak ditapis selain mempunyai rangkaian yang lebih meluas.
LPF sahkan 'Polis Evo 2' lulus bersih, ditayang dengan klasifikasi P13
LPF memaklumkan filem berkenaan tidak mengandungi sebarang elemen yang memburukkan agama Islam.
Salah siapa drama dan filem tempatan tak laku di pasaran antarabangsa?
Senario kebanyakan drama dan filem tempatan gagal dijual ke peringkat antarabangsa sehingga kini menjadi tanda tanya sama ada ia adalah kesilapan penggiat seni sendiri atau di pihak Perbadanan Kemajua
SKMM jangka kes jenayah buli siber meningkat tahun ini
Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian, Pemantauan Media Baharu, Pematuhan dan Advokasi SKMM Dr Mazlan Ismail berkata dalam zaman internet ini, pelbagai jenis filem boleh ditonton dalam laman web.
Tayangan filem Lelaki Harapan Dunia berkemungkinan ditarik balik?
Filem Lelaki Harapan Dunia akan dinilai semula Lembaga Penapisan Filem (LPF) ekoran kontroversi yang tersebar.
Tidak sensitif, 'Noah' diharam tayangannya di Malaysia
Keputusan diambil sebagai langkah 'berjaga-jaga' kerana filem berkaitan nabi Nuh dianggap tidak sensitif terhadap orang Islam.
Status penayangan Viswaroopam akan diketahui minggu ini
Filem lakonan Kamal Haasan Viswaroopam telah menggamit kontroversi apabila penayangannya telah ditarikbalik oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).