awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LRA Semenyih beroperasi semula - Syabas

Astro Awani
Astro Awani
29/10/2016
02:51 MYT
LRA Semenyih beroperasi semula - Syabas
LRA Semenyih sebelum ini ditutup akibat pencemaran bau air sungai disyaki berpunca dari kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan. - Foto Bernama
Loji rawatan air Semenyih yang ditutup sejak Jumaat, telah kembali beroperasi semula pada pukul 3.15 pagi tadi.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata bekalan air kini sedang disalurkan ke kolam-kolam takungan perkhidmatan untuk pemulihan secara berperingkat di Daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling.
Bekalan air bantuan juga sedang dihantar ke kawasan-kawasan yang terlibat serta di sesetengah kawasan disediakan di “Stesen Lori Tangki Air Jumbo” dan “Pili Air Awam”.
"Segala usaha sedang dilaksanakan untuk mempercepatkan pemulihan bekalan air ke kawasan yang terlibat," menurut kenyataan itu lagi.
Loji Rawatan Air Semenyih terpaksa ditutup buat kali keenam pada petang Jumaat kerana benteng di Sungai Buah pecah, menyebabkan air dari sungai tercemar mengalir masuk ke Sungai Semenyih.
Insiden tersebut berlaku pada sekitar jam 4.15 petang.
Sejak Ahad lalu, beberapa kawasan di daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang sekali lagi mengalami gangguan bekalan air susulan penutupan LRA Sungai Semenyih.
LRA itu ditutup akibat pencemaran bau air sungai disyaki berpunca dari kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan.
Susulan itu Syabas berkata segala usaha sedang dilaksanakan untuk mempercepatkan proses pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan terbabit.
Topic Berkaitan
#catuan
#Loji Rawatan Air Sementih
#Semenyih
#SYABAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan