awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LRA Sungai Semenyih dijangka beroperasi semula hari ini

Bernama
Bernama
26/06/2019
22:00 MYT
LRA Sungai Semenyih dijangka beroperasi semula hari ini
LRA Sungai Semenyih yang dihenti operasi susulan insiden pencemaran, dijangka dapat dioperasikan semula mulai 11 pagi Khamis.
Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang dihenti operasi susulan insiden pencemaran, dijangka dapat dioperasikan semula mulai 11 pagi Khamis.
Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), situasi itu bagaimanapun bergantung kepada keadaan cuaca dan aliran di sungai dan tiada lagi pencemaran.
Loji itu akan mengambil masa tiga jam untuk menstabilkan semula operasi, dan pemulihan bekalan air adalah secara berperingkat serta bergantung kepada lokasi dan altitud kawasan terjejas.
"Kami menyasarkan pemulihan sepenuhnya bagi keseluruhan kawasan terjejas akan mengambil masa dalam tempoh 72 jam selepas loji kembali beroperasi sepenuhnya," jelas Syabas.
Menurutnya, 512 kawasan melibatkan 377,141 pelanggan berdaftar di daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan terkesan dengan gangguan bekalan air dan tekanan rendah secara berperingkat susulan insiden itu.
LRA Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sejak 5 petang Rabu susulan pencemaran bau di Sungai Semenyih dan punca pencemaran yang berada pada jarak 16 km dari muka sauk loji telah dikenal pasti.
"Agensi penguatkuasaan kerajaan negeri Selangor telah mengambil tindakan segera bagi menghentikan aliran pencemaran ke sungai," jelas Syabas.
Orang ramai boleh merujuk makluman rasmi dan status terkini melalui laman sesawang www.syabas.com.my, aplikasi telefon bimbit Air Selangor, Facebook dan Twitter Air Selangor.
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#bekalan air
#LRA
#masalah air
#Sungai Semenyih
#SYABAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan