KUALA LUMPUR: Skuad berbasikal kebangsaan menyasarkan untuk menyambar jersi putih (pelumba terbaik Asia) pada perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, bermula Sabtu ini.
Jurulatih negara, Mohd Yusuf Abdul Nasir, berkata pihaknya mempertaruhkan dua pelumba berpengalaman yang pernah menyarung jersi Sapura Cycling Team iaitu Muhammad Zawawi Azman selaku ketua pasukan serta Muhammad Nur Aiman Rosli untuk mencapai sasaran diletakkan mereka kali ini.
"Zawawi antara pelumba kita sasar (jersi putih) kerana dia pelumba paling senior dalam pasukan dan berpengalaman.
"Muhammad Nur Aiman pada masa sama boleh mendaki. Dia dengan Zawawi tak terlalu jauh pada masa sama dia boleh bagi saingan kompetitif dalam saingan yang tinggi dan lebih penting tidak perlu rasa takut dan berani cuba," katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.
Daripada lapan perlumbaan, beliau optimis kedua-dua pelumba berkenaan mempunyai peluang terbaik untuk memenangi jersi putih dalam dua perlumbaan berbukit iaitu Peringkat 3 Jeli-Baling (177.1km) dan Peringkat 5 Slim River-Genting Highlands (133.3km).
Mohd Yusuf pada masa sama berkata mereka telah menjalani persediaan selama tiga bulan termasuk melakukan latihan di hampir kesemua laluan ditawarkan pada LTdL kali ini.
Selain Muhammad Zawawi dan Muhammad Nur Aiman, beliau berkata skuad negara akan diperkuatkan dengan dua lagi pelumba Sapura Cycling Team iaitu Mohamad Izzat Hilmi dan Muhsin Ali Redha Misbah selain pelumba serba boleh, Muhammad Shaiful Adlan dan Zulhelmi Zainal.
Justeru, beliau berharap agar kesemua bekas pelumba Sapura mampu memanfaatkan peluang diberikan untuk menyinar bersama skuad kebangsaan selepas sering kali dibayangi pelumba luar negara bersama bekas pasukan mereka sebelum ini.
LTdL 2023 dari 23 hingga 30 Sept, akan menampilkan 132 pelumba daripada 22 pasukan berstatus WorldTeam, ProTeamdan Continental selain pasukan kebangsaan.
Edisi kali ini menyaksikan laluan melibatkan 11 negeri dengan Peringkat 1 dari Kerteh ke Kuala Terengganu (184.4km); Peringkat 2 Kuala Terengganu-Kota Bharu (186.2km); Peringkat 3 Jeli-Baling (177.1km); Peringkat 4 Bukit Mertajam-Meru Raya (140km); Peringkat 5 Slim River-Genting Highlands (133.3km); Peringkat 6 Karak-Melaka (176.6km); Peringkat 7 Muar-Seremban 2 (125.7km) dan Peringkat 8 Setia Alam-Kuala Lumpur (157km).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023
Mohd Yusuf berkata mereka telah menjalani persediaan selama tiga bulan termasuk melakukan latihan di hampir kesemua laluan ditawarkan pada LTdL kali ini. - Foto Sinar Harian
Majikan tipu pekerja asing di Pengerang gagal bayar tunggakan gaji, berdepan pendakwaan
Majikan yang didakwa melakukan penipuan terhadap pekerja asing di Pengerang, Johor, didapati masih tidak membuat sebarang pembayaran gaji.
MediaTek umum cip Dimensity 8250 dengan teknologi 4nm
Dimensity 8250 dilengkapi lapan teras CPU dengan konfigurasi 1 x Arm Cortex-A78 3.1GHz, 3 x Arm Cortex-A78 3.0GHz dan 4 x Arm Cortex-A55 2.0GHz.
Xi, Putin hadir rasmikan Tahun Budaya China-Rusia
Xi berkata hubungan China-Rusia dalam tiga perempat abad lalu memperlihatkan pengukuhan dan pengembangan persahabatan sesama jiran.
Serangan balai polis Ulu Tiram: Bedah siasat dua mangsa, suspek sedang dijalankan
Tinjauan mendapati laluan serta pekarangan Jabatan Perubatan Forensik, HSI dikawal ketat anggota polis.
Empat individu termasuk wanita Vietnam ditahan terlibat sindiket pinjaman tanpa lesen
Selain wanita warga asing, turut ditahan tiga lelaki tempatan berusia 22 hingga 34 tahun.
Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Jangan kongsi maklumat tidak pasti - Fahmi
Orang ramai perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah bagi memastikan mereka tidak menyebarkan maklumat yang tidak betul.
Jemaah Islamiyah ancaman utama keselamatan Asia Tenggara
JI terkenal kerana terlibat dalam beberapa serangan pengganas besar di rantau ini, termasuk pengeboman kelab malam Bali pada 2002 yang mengorbankan 202 nyawa, kebanyakannya pelancong asing.
Agenda AWANI: Mentakrifkan semula kejayaan
Apakah strategi Yayasan Peneraju dalam memperkasa dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam penciptaan nilai dan penguasaan ekonomi dalam sektor baharu?
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Huawei perkenal inovasi terbaharu WATCH FIT 3, Matebook X Pro
Boleh dipadankan dengan kedua-dua peranti iOS dan Android serta bateri yang mampu bertahan sehingga 10 hari, HUAWEI WATCH FIT 3 memastikan pemakai kekal berhubung dengan lancar.
Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia
Pengerusi IAIS Malaysia, Profesor Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Rusia.
LTdL 2023: Carr juara keseluruhan, Syritsa ungguli peringkat akhir
Simon Carr melakar sejarah menjadi atlet berbasikal pertama British memenangi gelaran Juara Keseluruhan (Jersi Hijau) perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023.
LTdL 2023 : De Kleijn catat kemenangan sekali lagi
Pelumba Tudor Pro Cycling Team Arvid De Kleijn merangkul kemenangan peringkat kali kedua, pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023.
LTdL 2023: Carr dedikasi kemenangan peringkat 'queen stage' buat datuknya
Pelumba EF Education-Easypost, Simon Carr, muncul juara perlumbaan Peringkat 5, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 hari ini.
Penganjur dedah punca insiden van bawa pelumba LTdL terbabas
Kemalangan berlaku selepas pemandu hilang kawalan di satu selekoh selepas terlajak daripada starting line di UMK Jeli.
LTdL 2023: Peringkat ketiga milik Jackson
Pelumba pasukan Bolton Equities Black Spoke, George Jackson mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menjuarai perlumbaan Peringkat Ketiga jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, dari Jeli ke Baling.
De Kleijn kuasai peringkat pertama LTdL 2023
Pelumba Tudor Pro Cycling Team, Arvid de Kleijn menjuarai peringkat pertama LTdL 2023 dari Kerteh ke Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.
LTDL 2023: Martin Lopez mahu balas kepercayaan Astana
Pelumba pasukan berstatus WorldTeam, Astana Qazaqstan Team, Harold Martin Lopez menyasarkan untuk memperbaiki pencapaian di pentas LTdL 2023.
LTdL 2023: Pasukan tiba di Terengganu, pemburuan jersi hijau bermula
Bahang penganjuran LTdL tidak pernah terpadam sebelum acara kayuhan itu bermula esok hingga 30 Sept ini.
LTdL 2023: Skuad kebangsaan intai jersi putih
Skuad berbasikal kebangsaan menyasarkan untuk menyambar jersi putih (pelumba terbaik Asia) pada perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, bermula Sabtu ini.
LTdL: KBS mohon syarikat korporat beri jawapan tajaan secepat mungkin
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyeru syarikat korporat yang berminat untuk menaja perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 untuk memberi keputusan penajaan secepat mungkin.