awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Brunei jalani pembedahan lutut 18 Januari ini
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pemerkasaan tahfiz bina huffaz profesional seimbang - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LTTE: Dua pertuduhan terhadap ADUN Seremban Jaya batal

Bernama
Bernama
06/11/2019
02:01 MYT
LTTE: Dua pertuduhan terhadap ADUN Seremban Jaya batal
Gunasekaran ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, 31 Okt lalu. - Astro AWANI/Gambar fail
Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan pasukan pendakwaan untuk membatalkan dua pertuduhan memiliki item berkaitan LTTE ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya P. Gunasekaran.
Timbalan Pendakwa Raya Aslinda Ahad mengemukakan permohonan itu dihadapan Hakim Madihah Harullah.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua sebelum ini, Gunasekaran didakwa memiliki item berhubung kait LTTE di pejabat dan kediaman.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di nombor 2844, Jalan SJ 3/6B, Taman Seremban Jaya dan nombor 139, Kampung Baru Rahang, di sini, masing-masing pada pukul 9.58 pagi dan 11.50 pagi, 10 Okt lepas.
Gunasekaran bagaimana pun tidak hadir ke mahkamah dan diwakili barisan empat peguam yang diketuai RSN Rayer yang juga Ahli Parlimen Jelutong.
BACA: Kes berkaitan LTTE: 10 didakwa pertuduhan baru, dua didakwa kali pertama
BACA: Semua suspek LTTE tidak dapat tawaran jaminan
BACA: DAP bukan parti keganasan: Anthony Loke
Sebelum ini Gunasekaran yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan telah dituduh masing-masing di Mahkamah Sesyen Melaka pada 29 Okt kerana memberi sokongan kepada LTTE dan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 31 Okt lepas, atas pertuduhan tambahan.
Sementara itu, Rayer ketika bertemu dengan pemberita kemudian berterima kasih kepada pendakwa atas langkah yang diambil.
"Kami dimaklumkan pagi ini selepas tuduhan difailkan, mereka (pendakwa) telah membuat keputusan untuk menarik balik dua tuduhan. Tiada sebab diberikan," katanya.
Beliau juga berharap langkah yang sama akan diambil oleh pihak pendakwaan di mahkamah lain.
"Kami berharap pihak pendakwa akan menimbang semula dan menarik balik tuduhan terhadap semua yang lain (yang ditahan di bawah Sosma yang berkaitan dengan LTTE).
Turut hadir, Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran yang juga Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN
#ADUN Seremban Jaya
#batal pertuduhan
#DAP
#DAP Negeri Sembilan
#keganasan
#LTTE
#Mahkamah Sesyen
#P Gunasekaran
#Parlimen
#RSN Rayer
#Seremban
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan