awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pentadbiran Gaza bermula di Kaherah
Pas, Bersatu nafi dakwaan provokasi politik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lubang benam: IWK kenal pasti kerja pengukuhan tambahan saluran paip

Bernama
Bernama
30/11/2025
20:30 MYT
Lubang benam: IWK kenal pasti kerja pengukuhan tambahan saluran paip
ZAIRIL: Semua pengguna jalan raya dinasihatkan agar bersabar dan mematuhi pengurusan lalu lintas yang telah ditetapkan di lokasi. - Gambar fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Indah Water Konsortium (IWK) telah mengenal pasti keperluan untuk melaksanakan kerja-kerja pengukuhan tambahan pada saluran paipnya di Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara, Bayan Lepas, dekat sini susulan kejadian lubang benam pada 4 Nov lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata sehubungan dengan itu, pihak IWK telah memohon kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya tempoh penutupan jalan di situ dilanjutkan hingga 12 Dis ini.
"Kemajuan dan tempoh pelaksanaan kerja-kerja oleh pihak IWK di kawasan tersebut tertakluk pada keadaan cuaca di lapangan.
"Oleh itu, semua pengguna jalan raya dinasihatkan agar bersabar dan mematuhi pengurusan lalu lintas yang telah ditetapkan di lokasi," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Sebelum ini, media melaporkan kejadian lubang benam yang terbentuk di Jalan Dato Ismail Hashim itu dipercayai berpunca akibat paip bocor sehingga berlaku aliran air yang terdapat di bawah tanah di kawasan berkenaan.
Terdahulu, tular di media sosial menunjukkan sebuah lubang benam berhampiran persimpangan jalan, sekali gus menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap risiko keselamatan di kawasan berkenaan.
Lubang benam yang terbentuk di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ara itu berukuran 5 meter (m) panjang dan 3.5 m lebar serta berdiameter 1.9 m.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lubang benam
#kerja pengukuhan tambahan saluran paip
#Bayan Lepas
#IWK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan