awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lumba haram: Enam lelaki ditahan di Lebuhraya Butterworth-Kulim

Bernama
Bernama
25/09/2022
21:00 MYT
Lumba haram: Enam lelaki ditahan di Lebuhraya Butterworth-Kulim
Polis menahan enam lelaki berusia 18 hingga 20 tahun itu kerana melakukan aksi menduga kelakuan dan disyaki mereka turut terlibat dalam lumba haram. - Gambar hiasan
BUKIT MERTAJAM: Polis menahan enam lelaki kerana dipercayai berlumba haram dan menyita 30 buah motosikal, dalam operasi samseng jalanan yang dijalankan di Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Tan Cheng San berkata dalam operasi bermula pukul 2.30 pagi itu, polis menahan enam lelaki berusia 18 hingga 20 tahun itu kerana melakukan aksi menduga kelakuan dan disyaki mereka turut terlibat dalam lumba haram.
"Enam lelaki itu kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan dan kes mereka disiasat menurut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Tan berkata dalam operasi itu, polis turut menyita 30 buah motosikal dan mengeluarkan 127 keping saman terhadap penunggang motosikal, atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
Beliau berkata operasi itu akan dijalankan secara berterusan, dalam usaha membanteras kegiatan lumba haram dan samseng jalanan, serta orang ramai terutama remaja dinasihatkan agar tidak terlibat kegiatan tersebut, kerana ia menyalahi undang-undang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lumba haram
#Lebuhraya Butterworth-Kulim
#BKE
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan