KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberi kebenaran kepada Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas Malaysia) untuk memulakan dua prosiding semakan kehakiman terhadap kerajaan berhubung syarat lesen operasinya yang melarang pengimportan dan pemprosesan lantanida selepas 1 Jan 2024.
Keputusan itu disampaikan oleh hakim Datuk Amarjeet Singh dan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh di dua mahkamah hari ini, setelah tiada bantahan Jabatan Peguam Negara (AGC).
Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly dan Shamsul Bolhassan mewakili AGC manakala Lynas diwakili oleh Tan Sri Cecil Abraham.
Semasa prosiding di hadapan hakim Wan Ahmad Farid, Abraham memaklumkan bahawa Lynas akan memfailkan permohonan supaya kedua-dua semakan kehakiman itu didengar di hadapan Wan Ahmad Farid.
Setelah memberikan kebenaran itu, mahkamah akan menetapkan tarikh pendengaran untuk mendengar hujahan lisan mengenai merit semakan kehakiman tersebut.
Pada Julai lepas, Lynas Malaysia memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) sebagai responden.
Lynas, dalam satu kenyataan media berkata, tindakan itu difailkan untuk membatalkan syarat sekatan pengimportan dan pemprosesan lantanida pekat selepas 1 Jan tahun depan
Sebelum ini, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi juga mengumumkan bahawa rayuan Lynas terhadap pengguguran empat syarat pelesenan yang ditetapkan oleh AELB telah ditolak selepas perbicaraan diadakan pada 28 April bagi mendengar rayuan Lynas berhubung keputusan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2023
Pada Julai lepas, Lynas Malaysia memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) sebagai responden. - Gambar hiasan
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Regu Malaysia muncul juara tewaskan Thailand 2-0
Stadium Titiwangsa menjadi saksi gemilang pasukan Malaysia selepas menamatkan badi berdepan Thailand di kejohanan Piala Dunia ISTAF apabila menewaskan seteru utama 2-0.
Lynas tarik balik 2 permohonan semakan kehakiman berhubung syarat lesen operasi
Lynas Malaysia Sdn Bhd hari ini menarik balik dua permohonan semakan kehakiman terhadap kerajaan berhubung syarat lesen operasinya.
Lynas Australia umum tutup operasi di Malaysia
Lynas Australia merancang untuk menutup semua operasi di Malaysia kecuali kilang pemprosesan karbonat campuran nadir bumi pada suku Disember tahun ini susulan kejatuhan saham syarikat tersebut.
MOSTI nilai tahap keselamatan projek rintis REE di Perak
MOSTI akan menilai tahap keselamatan projek rintis perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Perak dengan memeriksa teknologi dan teknik yang digunakan.
Lynas dapat kebenaran semakan kehakiman berhubung syarat lesen operasi
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberi kebenaran kepada Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas Malaysia) untuk memulakan dua prosiding semakan kehakiman terhadap kerajaan.
Rayuan Lynas gugur empat syarat lesen ditolak
Rayuan Lynas untuk menggugurkan empat syarat lesen yang ditetapkan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) ditolak, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
MoU pelaburan syarikat berkaitan teknologi dijangka dimeterai ketika lawatan PM ke China
Chang berharap dapat bertemu dengan rakan sejawatnya di China untuk membincangkan aspek berkaitan sains, teknologi dan inovasi.
Australia hormati apa-apa keputusan terhadap Lynas - Penny Wong
Australia menghormati sebarang keputusan kerajaan Malaysia berhubung operasi loji nadir bumi di Gebeng, Pahang milik Lynas Rare Earths Ltd, kata Menteri Luar Australia Penny Wong.
MOSTI dalam proses pertimbang rayuan Lynas
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menerima surat rayuan Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) untuk menggugurkan syarat lesen operasinya di Malaysia.
"Kalau bahaya, mana buktinya?" - Pekerja Lynas, penduduk rayu kerajaan benarkan terus beroperasi
Ratusan pekerjan melakukan demonstrasi aman, meluahkan kebimbangan dengan nasib mereka dan berharap kerajaan mendengar rintihan mereka yang kini buntu memikirkan masa depan.
Lynas nafi tahap radioaktif tinggi dalam air bawah tanah berdekatan loji
Lynas Malaysia menafikan terdapat tahap radioaktif yang tinggi dalam air bawah tanah berdekatan lojinya di Gebeng, Kuantan.