KUALA LUMPUR: Sebanyak sembilan perkara atau tuntutan asas berkenaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah selesai sepenuhnya setakat ini, menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata antara perkara yang telah selesai sepenuhnya melibatkan penyerahan semula kuasa pentadbiran ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan kepada Kerajaan Sabah; pindaan Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan serta pemberian kuasa mengenai pelesenan dan penangkapan ikan laut dalam kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak.
Turut selesai sepenuhnya ialah pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah dan Sarawak sebagai Jabatan Teknik di bawah Arahan Perbendaharaan 182 (AP182); dan pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1995 bagi melantik wakil Kerajaan Sabah dan Sarawak sebagai anggota tetap LHDN.
"Selain itu ialah penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas di Sabah; pentadbiran badan kehakiman di Sabah dan Sarawak; penyediaan garis panduan penyerahan semula tanah dirizabkan bagi maksud Persekutuan di Sabah dan Sarawak serta penyerahan kuasa kawal selia elektrik kepada Kerajaan Sabah," katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Isnin.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air memberikan jawapan bertulis itu bagi menjawab soalan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) yang ingin tahu status terkini pelaksanaan hak Sabah seperti yang termaktub dalam MA63 termasuk penstrukturan semula Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 (JKMTPMA63).
Beliau berkata satu tuntutan asas melibatkan kajian semula pemberian khas bagi Sabah dan Sarawak di bawah Perkara 112D (RM300 juta) telah selesai sebahagian atau interim, manakala tiga tuntutan telah mempunyai keputusan dasar iaitu membabitkan pemberian kuasa mengenai alam sekitar, tenaga buruh di Sabah dan Sarawak serta kuasa mengenai pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman (Pindaan Perlembagaan Persekutuan).
Sementara 14 tuntutan antaranya isu royalti minyak dan pembayaran tunai petroleum, mineral minyak dan medan minyak, Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750], hak negeri ke atas pelantar benua serta pertambahan perjawatan perkhidmatan awam Sabah dan Sarawak di bawah Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan masih dalam perbincangan.
Menurut Fadillah tempoh masa bagi penyelesaian setiap perkara atau tuntutan asas MA63 adalah tertakluk kepada proses perundangan yang berkaitan kerana isu yang dibincangkan melibatkan perundangan yang kompleks dan memerlukan penelitian terperinci daripada pelbagai aspek.
Selain itu katanya tahap kesediaan Kerajaan Sabah dan Sarawak dari sudut operasi, sumber manusia dan kewangan juga merupakan aspek yang perlu diambil kira sebelum suatu perkara atau tuntutan asas MA63 dapat diselesaikan.
"Perkara atau tuntutan asas MA63 yang belum diselesaikan akan dipantau dan disusuli oleh Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS), Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku Sekretariat kepada Majlis Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) dan Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63.
"BHESS berperanan memantau pelaksanaan dan menyelaras tindakan berhubung sesuatu isu atau keputusan sama ada di peringkat kementerian/agensi Persekutuan, mahupun di peringkat agensi Kerajaan Sabah dan Sarawak," katanya.
Mengenai penstrukturan semula JKMTPMA63, Fadillah berkata ia akan dilaksanakan selaras dengan rombakan Kabinet pada 12 Dis 2023 dan hanya akan melibatkan perubahan keahlian di peringkat Persekutuan.
Beliau berkata cadangan penstrukturan semula Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63 tidak akan memberi kesan terhadap perbincangan sedia ada termasuk di peringkat kementerian dan agensi bagi memastikan perkara dan tuntutan asas MA63 yang masih belum dilaksanakan dapat dimuktamadkan mengikut pelan dan garis masa yang direncanakan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024
Menurut Fadillah tempoh masa bagi penyelesaian setiap perkara atau tuntutan asas MA63 adalah tertakluk kepada proses perundangan yang berkaitan. - Foto BERNAMA
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Kejayaan bidaan Brazil bermakna edisi ke-10 kejohanan ini akan diadakan di Amerika Selatan buat kali pertama.
'Malaysia antara negara paling aman, namun jangan ambil mudah' - Zahid Hamidi
Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi semalam sehingga mengorbankan dua anggota polis tidak boleh diambil mudah walaupun negara berada dalam keadaan aman.
Banjir kilat Perak: 'Rumah hanyut, kenderaan tenggelam'
Banjir kilat yang berlaku di tiga daerah di Perak, bermula malam Khamis turut menyebabkan sebuah rumah di Kampung Jelutong, Bukit Gantang dihanyutkan arus deras.
'Saya minta maaf kerana bebankan mak' - Fatiya Latiff dedah hidap skizofrenia
Fatiya, 36, berkata, dia berterima kasih kepada ibunya, Badriyah Hassan dan memohon maaf kerana penyakit tersebut membebankan
Korea Utara uji peluru berpandu taktikal teknologi navigasi baharu
Korea Utara pada Sabtu berkata ia telah melancarkan peluru berpandu balistik taktikal yang dilengkapi dengan sistem navigasi "autonomi" baharu dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan senjatanya.
JPJ laksana operasi, kesan syarikat, individu, sewakan kenderaan kepada warga asing tanpa lesen
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan operasi mengesan syarikat dan pemilik kenderaan yang menyewakan kenderaan mereka kepada warga asing yang tidak mempunyai lesen memandu sah serta insu
Suri rumah rugi lebih RM15,000 terperdaya tawaran kerja 'review' hotel
Seorang suri rumah di sini kerugian RM15,850 selepas terperdaya dengan iklan tawaran kerja 'review' hotel daripada sebuah syarikat yang menjanjikan komisen tinggi.
Isu All Eyes on Rafah: 'Janganlah tutup periuk nasi saya' - Ning Baizura
Ning turut menegaskan dirinya antara selebriti yang aktif menyalurkan sumbangan untuk Gaza dan bersolidariti untuk Palestin.
Dua lelaki bawa parang ditahan cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat kes cubaan menceroboh Istana Negara, semalam.
Perjuangan demi perpaduan, MA63 bersama Joseph Kurup sentiasa diingati - Fadillah
Perjuangan demi mengukuhkan perpaduan negara dan merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bersama mendiang Tan Sri Joseph Kurup adalah antara kenangan abadi yang akan sentiasa diingati.
Cadangan institusikan amalan berhubung pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman Sabah, Sarawak diteliti
Fadillah berkata itu sedang dibincangkan dalam platform perundingan Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63) dan Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63.
MA63: Sembilan tuntutan asas selesai sepenuhnya
Sebanyak sembilan perkara atau tuntutan asas berkenaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah selesai sepenuhnya setakat ini.
[KOLUMNIS] MA63: Pencapaian selepas dua tahun, satu kejayaan buat Sabah, Sarawak
DEWAN RAKYAT pada 14 Disember 2021 meluluskan RUU meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan MA63 bagi memberi pengiktirafan kepada tuntutan dan status istimewa Sabah dan Sarawak.
Dua ahli baharu Jawatankuasa Teknikal MA63 dimuktamad bulan ini - Fadillah
Dua ahli baharu dalam Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKTMTPMA63) akan dimuktamadkan pada bulan ini.
MA63: Pelaksanaan sepenuhnya hak Sabah dalam rundingan, perbincangan bawah MTPMA63
Pelaksanaan sepenuhnya hak Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 masih dalam perbincangan dan pelaksanaan di bawah MTPMA63 persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini.
Kongres PKR: 'Zaman Anwar terbuka bincang MA63'
Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat terbuka membincangkan, malah konsisten dalam memperjuangkan agenda Perjanjian Malaysia 1963.
Sarawak kemuka cadangan tambah Ahli Parlimen
Kerajaan Sarawak telah mengemukakan cadangan supaya jumlah Ahli Dewan Rakyat dari negeri itu ditambah bagi mewakili 35 peratus daripada jumlah keseluruhan anggota Dewan Rakyat.
MA63: Autonomi pendidikan Sarawak dibawa ke MTP untuk persetujuan
Permohonan kuasa autonomi pendidikan untuk Sarawak akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan (MTP) bagi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
MA63: Banyak kejayaan dicapai kerajaan Sabah diterajui GRS
Hajiji berkata, beberapa peristiwa penting telah dicapai oleh kerajaan negeri berhubung MA63 termasuk dalam sektor minyak dan gas.