PUTRAJAYA: Umat Islam perlu bertekad bersama-sama membangunkan negara berasaskan nilai Islam dengan bertunjangkan semangat Al-Falah (kejayaan), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Mohd Na'im berkata ia bertepatan dengan tema Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2024/1446H iaitu 'Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI' yang turut menjadi asas penghayatan majlis sambutan tahun baharu kalendar Islam itu.
"Cukup-cukuplah kita berseteru sesama sendiri. Ia amat merugikan agama dan negara. Umpama yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang.
"Segala kesumat kebencian perlu dileraikan dengan nilai rahmah dan kasih sayang," katanya dalam sembah ucapan menjunjung kasih pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2024/1446H di sini hari ini.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis itu yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Mohd Na'im turut mengajak umat Islam untuk bersama-sama memikul tanggungjawab mengekalkan keharmonian negara dengan berpandukan Fiqh Ta'ayush (fiqh kewujudan bersama).
"Usahlah sentimen keagamaan dan perkauman dijadikan alat untuk meraih sokongan dan kepentingan tertentu," katanya.
Beliau berkata semangat Maal Hijrah menuntut umat Islam untuk membuka lembaran baharu dan bangkit menguasai pelbagai disiplin ilmu serta kepakaran selain perlu mengoptimumkan penggunaan teknologi bagi memajukan daya saing yang berkemahiran tinggi.
"Umat Islam tidak boleh ketinggalan di belakang daripada menguasai bidang keilmuan demi memakmurkan negara," katanya.
Beliau turut mendoakan agar Allah SWT mengurniakan keimanan dan ketakwaan kepada umat Islam dan mahu peristiwa hijrah Rasulullah SAW dijadikan sebagai iktibar dalam meningkatkan iltizam untuk terus berusaha bersungguh-sungguh demi melaksanakan agenda Al-Falah bagi memacu Malaysia MADANI.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 07 2024
Mohd Na'im turut mengajak umat Islam untuk bersama-sama memikul tanggungjawab mengekalkan keharmonian negara dengan berpandukan Fiqh Ta'ayush (fiqh kewujudan bersama). - Gambar fail/Bernama
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Jaga keharmonian, berikan sumbangan kepada agama dan negara - Pemangku Raja Perlis
Baginda menekankan supaya setiap rakyat Perlis hendaklah berusaha mencapai keharmonian walaupun wujud kepelbagaian latar belakang.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong
Antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar.
Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari
Penghijrahan Sarawak mendapat perhatian dan pengiktirafan dunia terutama dari segi tadbir urus yang menekankan isu alam sekitar dan kelestarian.
Ribuan umat Islam di Sabah dan Sarawak meriahkan sambutan Maal Hijrah
Sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M di Sabah dan Sarawak hari ini dihadiri ribuan umat Islam bagi menghayati semangat hijrah dan perjuangan Rasulullah SAW.
Maal Hijrah: Umat Islam perlu tekad bersama-sama bangunkan negara bertunjang semangat Al-Falah
Umat Islam perlu bertekad bersama-sama membangunkan negara berasaskan nilai Islam dengan bertunjangkan semangat Al-Falah (kejayaan).
Maal Hijrah: Ambil iktibar sifat sabar, gigih Rasulullah - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, perkara baharu perlu disampaikan melalui daya komunikasi dan penyampaian yang berkesan.
Program 'Melaka Bila Larut Malam' ditangguh, beri laluan sambutan Maal Hijrah 1446H
Penganjuran program Melaka Bila Larut Malam atau Melaka Nightlife yang dijadualkan berlangsung minggu ini, ditangguhkan ke 13 Julai.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Julai 2023.
Maal Hijrah: PM Anwar harap semua pihak perbaharui azam, tekad kukuh solidariti umat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap rakyat Malaysia dapat memperbaharui azam untuk mengukuhkan lagi perpaduan sempena kedatangan tahun baharu hijrah.