awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mabuk punca gaduh 3 lelaki di Banting

Sinar Harian
Sinar Harian
27/10/2022
04:10 MYT
Mabuk punca gaduh 3 lelaki di Banting
Polis giat mengesan sekumpulan lelaki yang bergaduh dalam kejadian di daerah ini, Selasa lalu. -Foto Sinar Harian
KUALA LANGAT: Mabuk menjadi punca pergaduhan melibatkan seorang lelaki dan sekumpulan individu di Banting, di sini pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, kejadian itu berlaku pada jam 2.05 pagi.
"Pergaduhan itu menyebabkan seorang lelaki rebah dan cedera di kepala akibat dipukul menggunakan topi keledar.
"Punca kejadian adalah disebabkan pergaduhan di antara mangsa dan kawan-kawannya yang ketika itu dalam keadaan mabuk," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ahmad Ridhwan berkata, kejadian itu tular di media sosial menerusi satu rakaman video berdurasi 12 saat memaparkan pergaduhan melibatkan tiga lelaki tempatan.
Katanya, susulan itu, satu laporan dibuat pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat bagi tujuan siasatan terhadap mangsa dan suspek berkenaan.
"Kesemua suspek dalam kejadian itu telah dikenal pasti dan tindakan untuk mengesan mereka," ujarnya.
Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 324/160 Kanun Keseksaan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mabuk punca gaduh
#Banting
#tiga lelaki tempatan
#Ahmad Ridhwan Mohd Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan