KUALA LUMPUR: Firma penyelidikan pasaran berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Enescorp International LLC, yang telah membantu 15 syarikat Malaysia dalam industri makanan menembusi pasaran di AS bersedia untuk membantu 30 lagi pemain tempatan mengembangkan kehadiran mereka di negara itu menjelang akhir tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Norizan Sharif berkata Enescorp, yang mempunyai pejabat di New Jersey, telah membantu syarikat Malaysia memasuki pasaran AS, yang mempunyai lebih 330 juta penduduk, sejak 2018.
"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah mengimport pelbagai jenis produk Malaysia ke AS, termasuk minuman, madu kelulut, gula apong, lada hitam dan lada putih Sarawak, rempah ratus, mi segera, makanan ringan, bijirin coklat, dan aiskrim," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Norizan berkata walaupun sambutan pengguna adalah berbeza-beza, tetapi produk Malaysia diterima dengan baik terutamanya dalam kalangan orang Kaukasia dan 'Hispanic'(keturunan Amerika Latin).
"Roti pratha, sebagai contoh, sangat popular, sehinggakan ada pengeluar Asia Selatan lain memasarkan produk mereka sebagai roti pratha Malaysia. Ini jelas sekali menunjukkan kualiti tinggi dan daya tarikan produk tersebut.
"Dalam kalangan masyarakat Arab di AS pula, kacang campuran Malaysia, yang dikenali sebagai 'kacang Malazie', juga mendapat sambutan yang amat baik," katanya.
Kacang campuran ini menawarkan gabungan perisa unik yang secocok dengan cita rasa komuniti tersebut, katanya, sambil menambah rempah Malaysia juga mendapat sambutan kerana keistimewaan dan kualitinya.
Norizan berkata untuk membangunkan strategi kemasukan pasaran syarikat, Enescorp melihat bagaimana pertubuhan keuntungan dan bukan keuntungan di AS boleh menyokong program akses pasaran.
"Satu daripada pengaruh penting adalah Food Innovation Center (inkubator perniagaan) di Universiti Rutgers di New Jersey, yang mana Enescorp menerima pakai program 'soft-landing' (Program untuk membantu syarikat asing menilai dan mengatur langkah mereka memasuki pasaran AS).
"Rangka kerja program itu memainkan peranan penting dalam membantu kami mewujudkan laluan berstruktur yang menyokong syarikat Malaysia memasuki pasaran AS," katanya.
Sementara itu, Norizan berkata pemegang kepentingan tempatan juga menunjukkan minat terhadap inisiatif syarikat tersebut membangunkan platform bagi produk Malaysia di pasaran AS.
"Kami berbesar hati menerima kunjungan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SME Bank, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pembangunan dan Penyelidikan Usahawan (CEDAR) dan ramai lagi.
"Lawatan mereka menunjukkan kepentingan misi kami dan menyediakan pandangan, sokongan dan pengalaman pembelajaran yang berharga kepada kami. Kami kini bersedia untuk meningkatkan lagi usaha kami," katanya.
Menurutnya, Enescorp sedang menjalankan eksperimen dengan memasarkan produk di pelbagai platform, termasuk kedai runcit, pemborong, dan pasaran dalam talian.
Kami merancang untuk terus mengembangkan rangkaian produk dan menambah baik strategi pasaran kerana syarikat menjangkakan pertumbuhan seterusnya hasil dan kehadiran pasaran, katanya.
"Kami gembira melihat beberapa produk ini juga sedang diuji dalam industri perkhidmatan makanan AS (seperti di restoran mewah) dan sebagai bahan kosmetik, yang akan mempelbagaikan potensi pasarannya.
"Walaupun angka hasil (produk Malaysia) kami masih sederhana, namun ia menunjukkan trend menaik, mencerminkan minat dan penerimaan pengguna yang semakin meningkat," katanya.
Mengenai cabaran untuk memasuki pasaran, Norizan berkata, AS mengenakan syarat-syarat kawal selia yang ketat untuk memastikan produk selamat digunakan dan dilabelkan dengan betul.
"Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS (FDA) mengenakan piawaian ketat yang sama kepada pengeluar makanan tempatan dan asing.
"Peraturan utama termasuk Akta Pemodenan Keselamatan Makanan, yang mewajibkan pematuhan terhadap peraturan Amalan Pengilangan Baik Terkini, Pendaftaran Kemudahan Makanan dan Program Pengesahan Pembekal Asing (FSVP)," katanya.
Menurut Norizan, menangani cabaran ini memerlukan pelbagai pendekatan termasuk program latihan, peningkatan teknologi, pembangunan infrastruktur, peluang pembiayaan dan sokongan akses pasaran.
"Sebagai contoh, program penggalakan eksport Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) membantu syarikat Malaysia memahami dinamik pasaran antarabangsa dan mewujudkan rangkaian yang diperlukan.
"SME Corporation juga menyediakan latihan dan perkhidmatan pembinaan kapasiti untuk memastikan kesediaan runcit dan pematuhan terhadap piawaian antarabangsa," katanya.
Beliau berkata program ini menyediakan pendedahan amat bernilai dan peluang rangkaian bagi membantu menonjolkan daya tarikan produk Malaysia dalam pasaran.
Malaysia kini merupakan rakan dagangan ke-17 terbesar AS, dengan eksport terutamanya terdiri daripada produk berkaitan getah, mesin dan peralatan elektrik.
Menurut Matrade, pada 2023, perdagangan Malaysia dengan AS berjumlah RM250.25 bilion, yang menyumbang 9.5 peratus daripada jumlah perdagangan negara.
"Eksport ke AS pada 2023 merekodkan nilai kedua tertinggi setakat ini mencecah RM161.3 bilion, susut sebanyak 3.5 peratus berikutan penurunan eksport produk kayu, keluaran getah serta produk besi dan keluli," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 05 2024
Norizan berkata walaupun sambutan pengguna adalah berbeza-beza, tetapi produk Malaysia diterima dengan baik terutamanya dalam kalangan orang Kaukasia dan 'Hispanic'(keturunan Amerika Latin). - Foto Enescorp
AWANI Borneo [18/1/2025] – Ribuan terjejas| Suara rakyat| Sukan SEA 2027
AWANI Borneo 18 Januari 2025 bersama Assim Hassan
1. Pitas dan Beluran dilanda banjir.
2. Puluhan tahun tunggu bekalan elektrik.
3. Majlis perasmian Sukan SEA 2027 di Stadium Sarawak.
1. Pitas dan Beluran dilanda banjir.
2. Puluhan tahun tunggu bekalan elektrik.
3. Majlis perasmian Sukan SEA 2027 di Stadium Sarawak.
Jambatan Marudi bantu jana sosioekonomi penduduk Marudi
Jambatan Marudi yang siap September 2024 jamin konektiviti dan dapat tingkat taraf hidup penduduk selain jana ekonomi.
Pembinaan jambatan konkrit jadi "game changer" kepada Marudi
Timbalan Premier yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Jambatan Marudi akan mempermudahkan segala urusan, termasuk dari sudut ekonomi dan pembangunan.
'Buat kacau, conteng baju habis SPM'
Gara-gara mengganggu ketenteraman awam dengan membuat bising di jalanan, sekumpulan pelajar lepasan Sijil Pelajaran (SPM)ditahan polis.
Majlis perasmian diadakan di Stadium Sarawak
Majlis Perasmian Sukan SEA 2027 akan diadakan di Stadium Sarawak di Kuching.
Polis Marin rampas mercun bernilai RM21 juta
Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Limbang merampas pelbagai jenama mercun dianggarkan bernilai RM21 juta dalam serbuan ke atas sebuah kapal kargo di Dermaga Lawas.
Penyelesaian masalah bekalan elektrik segera
Prihatin dengan nasib yang menimpa penduduk Kampung Batu 14 Apas Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang bertemu penduduk di kawasan berkenaan memberi jaminan akan melihat kepada perkara itu dan akan cari jalan penyelesaian segera.
Penduduk Kampung Batu 14 Apas rayu bekalan elektrik
Penduduk Batu 14, Jalan Apas Tawau rayu bekalan elektrik yang sah di perkampungan mereka.
Lebih seribu penduduk ditempatkan di dua PPS di Pitas
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus menunjukkan peningkatan dengan lebih seribu mangsa terjejas di dua daerah dengan Pitas paling teruk terjejas.
Terbuka India: Dua wakil negara kandas di separuh akhir
Hasrat beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie untuk melangkah ke peringkat akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2025 tidak kesampaian.
Madu kelulut, roti pratha, rempah dari Malaysia dapat permintaan di AS - Enescorp
Firma penyelidikan pasaran berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Enescorp International LLC, yang telah membantu 15 syarikat Malaysia dalam industri makanan menembusi pasaran di AS.