KUALA LUMPUR : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan melaksanakan Takaful Agromakanan bagi sektor industri padi dan beras pada suku tahun kedua 2022.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, usaha itu dilaksanakan untuk melindungi para pemain industri tersebut khususnya ketika berlakunya bencana alam.
Jelasnya lagi, inisiatif tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat dengan sektor padi sebagai permulaan dan akan diperluaskan ke sektor-sektor lain.
“Kalau kita lihat di negara jiran, telah sekian lama mempunyai skim insurans untuk sektor pertanian namun bagi negara kita masih belum dilaksanakan.
“Maka, kita perlu ada skim insurans. Terutamanya sekarang ini, pesawah menghadapi bencana alam yang melibatkan pelbagai kerosakan. Oleh itu, kerajaan memberikan bantuan dana bencana alam kepada pesawah yang membelanjakan berjuta ringgit bagi subsektor padi beras," katanya pada sidang media selepas Program Dialog Industri Agromakanan pada Khamis.
Sementara itu Ronald berkata, Program Dialog Industri Agromakanan yang dihadirinya pada hari ini menyasarkan seramai 200 peserta secara fizikal dan 1,000 orang melalui webinar dan Facebook Live sebagai inisiatif MAFI yang terdiri daripada peserta dalam sektor agromakanan meliputi subsektor padi, tanaman, ternakan perikanan dan keseluruhan rantaian agromakanan.
Pada masa sama, Ronald menjelaskan, pihaknya bercadang membangunkan sektor agromakanan yang mampan, berdaya tahan dan berteknologi tinggi dalam tempoh 10 tahun menerusi Dasar Argomood Negara (DAN 2.0).
Beliau berkata, sektor pertanian dan industri makanan memainkan peranan penting dalam menjana pendapatan ekonomi dan meningkatkan kualiti serta memastikan keselamatan makanan negara, di mana MAFI memainkan peranan utama dalam sektor itu seharusnya mengubah sektor pertanian ke arah lebih moden, dinamik dan berdaya saing.
“Kerjasama dengan pemain industri dalam sektor agromakanan perlu dilaksanakan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan kerajaan. Masalah dan keperluan pemain industri perlu diberi perhatian dalam menambah baik sistem penyampaian kerajaan sedia ada.
“DAN 2.0 diharap dapat menjadi inspirasi dan faktor pendorong kepada sektor swasta dan penggiat industri untuk bekerjasama dengan kerajaan menerajui pembangunan sektor agromakanan sebagai sektor yang berdaya saing dan moden,” katanya
Eton Khir
Thu Feb 10 2022
Takaful Agromakanan dilaksanakan untuk melindungi para pemain industri tersebut khususnya ketika berlakunya bencana alam. - Astro AWANI
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
MAFI akan laksana Takaful Agromakanan buat pemain industri padi
Usaha itu dilaksanakan untuk membantu para pemain industri tersebut khususnya ketika berlakunya bencana alam.