KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) akan menambah jumlah pesawatnya dengan memperkenalkan 12 pesawat baharu pada 2024, termasuk Airbus 330-900 (A330neo) pertamanya, yang dijadualkan tiba pada suku ketiga tahun ini.
Menurut kumpulan itu dalam kenyataan pada Isnin, ia akan menerima empat pesawat A330neo pada tahun ini, selain lapan Boeing 737-8, untuk menyokong keperluan pertumbuhan rangkaiannya.
MAG berkata ia menandatangani memorandum persefahaman dengan Airbus, Rolls-Royce dan Avolon pada Ogos 2022 untuk pembelian 20 pesawat A330neo yang dijadualkan diserahkan sehingga 2028.
"Sebanyak 10 daripada pesawat tersebut dibeli secara terus daripada Airbus dengan jualan dan perjanjian pajakan balik dengan Avolon manakala baki 10 lagi dipajak terus daripada Avolon," katanya.
Menurut kumpulan itu, pesawat A330neo menyediakan kecekapan operasi yang lebih baik kepada kumpulan pesawatnya selain turut membolehkannya memberi tumpuan kepada sasaran alam sekitar dengan menawarkan pengurangan sehingga 25 peratus untuk penggunaan bahan api dan pelepasan.
Katanya pembelian tersebut akan menggariskan komitmen kumpulan yang berusaha untuk memodenkan dan meningkatkan standard penawaran perkhidmatannya selain memastikan sokongan untuk pertumbuhan industri penerbangan pascapandemik.
Pengarah Urusan Kumpulan MAG Datuk Kapten Izham Ismail berkata pengenalan pesawat A330neo yang pertama pada suku ketiga akan menggantikan kumpulan pesawat A330ceo secara berperingkat dan beroperasi di rangkaian di seluruh Asia, Oceania dan Timur Tengah.
"Kami akan terus menyalurkan pelaburan kami kepada usaha yang sejajar secara strategik dengan tonggak utama yang memacu cadangan nilai pelanggan kami, iaitu keselesaan kabin, makan dalam pesawat dan penyampaian perkhidmatan kru kabin kami," katanya.
Selain itu, kumpulan akan mengubah suai enam daripada pesawat A350-900 bermula pada 2026 untuk memastikan keseragaman kabin yang konsisten dan pengalaman premium untuk penumpang sejajar dengan kabin A330neo baharu, mengukuhkan lagi inisiatif pemodenan kumpulan pesawatnya.
MAG kini mempunyai 104 pesawat melalui anak syarikatnya Malaysia Airlines, Firefly, MASwings dan MASkargo.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 29 2024
MAG akan menambah jumlah pesawatnya dengan memperkenalkan 12 pesawat baharu pada 2024, termasuk A330neo pertamanya, yang dijadualkan tiba pada suku ketiga tahun ini.
Wanita bunuh teman rapat dipenjara 33 tahun
Mahkamah Persekutuan mengenepikan hukuman mati terhadap seorang wanita kerana membunuh teman rapatnya dan menggantikan kepada hukuman penjara 33 tahun.
Dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024, eksport naik 9.1% cecah RM114.7 bilion - DOSM
Jumlah dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024 berbanding RM197.8 bilion setahun sebelumnya, kata Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Trafik Malaysia meningkat kepada 7.9 juta pada April 2024 - MAVCOM
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus tahun ke tahun kepada 7.9 juta pada April 2024, dan meningkat lapan peratus bulan ke bulan dari Mac 2024, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
Pasangan kekasih ditahan kes buang bayi di kedai jual ayam
Polis menahan seorang wanita hari ini kerana dipercayai meninggalkan bayi lelakinya berusia kira-kira seminggu, baru-baru ini di sebuah kedai menjual ayam proses di Chukai, Terengganu.
Persatuan Hotel Malaysias sambut ulang tahun ke-50
Persatuan Hotel Malaysia telah menyambut tahun jubli emas penubuhannya di ibu negara pada 17 Mei lepas, dengan dihadiri 800 tetamu khas.
Tuntutan palsu: Tiga pegawai latihan institut kemahiran direman
Dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan kira-kira 4.10 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM.
Projek pembangunan luar bandar perlu disempurnakan sebaiknya - Ahmad Zahid
Setiap pemegang taruh dalam ekosistem pembangunan luar bandar perlu memastikan program atau projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dapat disempurnakan sebaiknya.
Presiden Iran dan Menteri Luar terkorban dalam nahas helikopter: Malaysia ucap takziah
Kerajaan dan rakyat Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat Iran, dan semua yang terjejas dalam insiden tragis ini.
Ekonomi Bumiputera: 5,000 pemimpin profesional menjelang 2030
Yayasan Peneraju akan memfokuskan kepada pembangunan bakat untuk meningkatkan kelas pencipta nilai Bumiputera dan berperanan sebagai Talent Bank untuk mengenalpasti, membangun, memupuk, mengurus dan menyalur bakat Bumiputera.
Ekonomi Bumiputera: Kerajaan berhasrat gandakan syarikat di Bursa Malaysia
Kerajaan berhasrat untuk menggandakan jumlah syarikat Bumiputera yang berdaya tahan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada masa hadapan melalui penjajaran semula tiga agensi bermandat Bumiputera di bawah kawal selia Kementerian Ekonomi.
Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.
Asia Tenggara berpotensi keluarkan bahan suapan SAF - Airbus
Rantau ini mempunyai potensi pengeluaran yang besar disebabkan oleh banyaknya bahan suapan selain kewujudan industri biodiesel sedia ada.
Airbus jangka permintaan sebanyak 400 pesawat berbadan lebar di Apac dalam masa 20 tahun akan datang
Pengeluar pesawat Airbus meramalkan permintaan kira-kira 400 pesawat berbadan lebar di Asia Pasifik (Apac) dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Airbus bangunkan mesin pencetak 3D logam untuk Stesen Angkasa Antarabangsa
Airbus akan membangunkan dua mesin pencetak 3D ini untuk tujuan penyelidikan terlebih dahulu.
Pesawat Latam Airlines mendarat tanpa tayar di Sao Paulo
Pendaratan selamat dilakukan, dan juruterbang membawa pesawat ke landasan diiringi oleh kenderaan kecemasan.
MAG perkenal 12 pesawat baharu pada 2024, termasuk A330neo pertama pada suku ketiga
Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) akan menambah jumlah pesawatnya dengan memperkenalkan 12 pesawat baharu pada 2024, termasuk Airbus 330-900 (A330neo) pertamanya.
Tempahan 500 pesawat Airbus IndiGo cipta rekod baharu
Syarikat penerbangan terkemuka India mencipta rekod baharu untuk perjanjian pembelian terbesar dalam sejarah penerbangan komersial, umum Airbus pada Isnin.
Airbus rekod penghantaran paling kukuh pada Mei
Pengeluar pesawat terbesar dunia Airbus menyerahkan lebih banyak jet komersial pada Mei berbanding bulan lain sejak awal tahun, walaupun mengalami kekurangan alat ganti baru-baru ini.
Nahas pesawat A330: Air France, Airbus mengaku tidak bersalah
Pengakuan tidak bersalah itu dibuat sejurus selepas nama kesemua mangsa dibacakan di Mahkamah Jenayah Paris.
Malaysia Airlines beli 20 pesawat A330neo Airbus
Syarikat induk Malaysia Airlines Bhd, Malaysia Aviation Group (MAG) telah memilih A330neo daripada Airbus untuk program pembaharuan armada pesawat badan lebar syarikat penerbangan itu.