awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Magic mushroom: Kerajaan Kelantan akan bincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri

Bernama
Bernama
10/07/2024
09:40 MYT
Magic mushroom: Kerajaan Kelantan akan bincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri
Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata pihaknya akan meneliti lebih lanjut mengenai perkara itu. - Bernama
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan berbincang dengan Jabatan Pendidikan negeri berkaitan isu melibatkan pelajar sekolah menengah di negeri ini yang dikesan menghisap rokok elektronik (vape) yang dicampur magic mushroom.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata pihaknya akan meneliti lebih lanjut mengenai perkara itu.
"Saya akan teliti dahulu memandangkan saya baru mengetahui perkara ini dan akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan," katanya kepada pemberita di Majlis Penutup Kelantan Membangun Bersama Islam International Conference 2024 di sini hari ini.
Mohamed Fadzli berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perbahasan yang dilontarkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Parlimen semalam mengenai kajian yang dilaksanakan Hospital Universiti Sains Malaysia terhadap 152 pelajar di Kelantan.
Saifuddin memaklumkan hasil kajian mendapati 65 peratus pelajar berkenaan dikesan terlibat menghisap rokok elektronik yang dicampur bahan dikenali sebagai magic mushroom, yang kesannya lebih menggerunkan daripada dadah jenis methamphetamine dan syabu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rokok elektronik
#magic mushroom
#vape
#Kelantan
#pelajar sekolah
#Mohamed Fadzli Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan