awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mah ada pengaruh dalam kerajaan - KJ

Bernama
Bernama
19/05/2014
11:17 MYT
Mah ada pengaruh dalam kerajaan - KJ
Khairy Jamaluddin di penamaan calon Parlimen Teluk Intan
Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan perlu membuat pertimbangan bijak dengan memilih calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong yang terbukti mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat kerana pengaruhnya dalam kerajaan.
Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata Mah, anak tempatan Teluk Intan, yang mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri itu dilihat mampu menyelesaikan isu tempatan.
"Walaupun berdepan calon pembangkang yang juga merupakan seorang beliawanis, namun kita yakin pertimbangan rakyat Teluk Intan akan memberi sokongan kepadanya yang berpengalaman sebagai Anggota Parlimen selama dua penggal serta Anggota Dewan Undangan Negeri selama satu penggal," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Pemuda BN di sini, hari ini.
Sementara itu, ketika berucap pada majlis berasingan, beliau berkata PRK Teluk Intan bukan pertandingan 'ratu cantik' tetapi medan untuk rakyat memilih wakil mereka untuk memperjuangkan kemajuan dan pembangunan kawasan itu.
"Saya risau kalau pilih calon berdasarkan paras rupa yang tidak tahu mengenai Teluk Intan, apa akan jadi kepada kawasan ini. Bagaimana nasib rakyat di sini," katanya.
Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno berkata Pemuda BN akan menggerakkan seluruh jenteranya melalui pelbagai program seperti siri ceramah, program santai serta turun rumah ke rumah bagi meraih sokongan pengundi Teluk Intan terutamanya pemilih golongan muda yang merangkumi 20,905 orang.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Pemuda BN juga kini membentuk Jawatankuasa Khas Bertindak CBP (Cukai Barang dan Perkhidmatan) untuk memberi penerangan mengenai pelaksanaan cukai itu secara berterusan melalui siri ceramah serta platform media sosial.
Beliau berkata usaha penerangan ini digerakkan selepas mendapati saluran rasmi kerajaan bagi penjelasan CBP ini tidak mencukupi terutama untuk golongan muda.
"Kita dapati CBP perlu mempunyai penerangan 'political treatment' (yang mempunyai unsur-unsur politik) untuk menepis serangan dan tohmahan parti pembangkang yang memberi maklumat tidak tepat serta mengelirukan," katanya.
Mengulas mengenai desakan Veteran Umno supaya keanggotaan ibu kepada calon DAP, Yammy Samat dibatalkan, Khairy berkata ia bukan keutamaan parti pada masa sekarang.
"Kita ada proses tatatertib dalam parti dan prosedur yang telus, kita tidak boleh menggantung atau membatalkan keanggotaan seseorang begitu sahaja, ada prosesnya dan ia tidak perlu dilakukan secara terburu-buru," katanya.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#mah siew keong
#PRK
#Teluk Intan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan