awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAHAR suarakan keprihatinan mendalam, kecam krisis kemanusiaan semakin parah di Gaza

Bernama
Bernama
13/05/2025
12:30 MYT
MAHAR suarakan keprihatinan mendalam, kecam krisis kemanusiaan semakin parah di Gaza
MAHAR menyuarakan keprihatinan mendalam dan mengecam krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza, apabila kebuluran didakwa digunakan secara sistematik sebagai senjata perang. - Foto Facebook MAHAR
KUALA LUMPUR: Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) menyuarakan keprihatinan mendalam dan mengecam krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza, apabila kebuluran didakwa digunakan secara sistematik sebagai senjata perang.
MAHAR dalam satu kenyataan pada Selasa berkata taktik kejam dan tidak berperikemanusiaan itu bukan sahaja melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa, malah telah menjerumuskan jutaan penduduk, khususnya kanak-kanak, ke tahap paling kritikal untuk terus hidup."
"Laporan menggerunkan dari Gaza mendedahkan bahawa kanak-kanak kini mengalami kehilangan penglihatan akibat kekurangan zat berpanjangan. Penafian akses secara sengaja terhadap makanan, air bersih dan bantuan perubatan telah membawa kesan buruk dan trauma berpanjangan kepada generasi yang sudah sedia terkesan oleh konflik," menurut kenyataan itu.
Presiden MAHAR Jismi Johari dalam ucapannya pada Majlis Jaringan Kemanusiaan Sheikhul Islam (CHNS) di Bangkok baru-baru ini berkata: "Kita tidak boleh berdiam diri sementara kanak-kanak menjadi buta akibat kelaparan dan orang awam tidak berdosa dihukum melalui penindasan kolektif."
"Ini bukan masa untuk berdiam diri atas nama diplomasi. Ini adalah masa untuk bertindak, menunjukkan belas ihsan, dan berdiri teguh bersama rakyat Palestin."
Penasihat MAHAR, Nurul Izzah Anwar, turut menyeru rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa agar mengambil tindakan segera.
"Penderitaan di Gaza menuntut lebih daripada sekadar simpati - ia memerlukan keberanian moral. Setiap usaha, walau sekecil mana, menjadi tali hayat buat seorang anak, seorang ibu, dan sebuah keluarga yang masih bertahan dengan harapan. Kita semua harus memainkan peranan dalam mempertahankan nilai kemanusiaan, keadilan dan kesucian nyawa," katanya.
Kenyataan itu menyebut bahawa melalui sumbangan dan penyebaran kesedaran, "kita semua mampu membawa perubahan".
MAHAR menggesa orang ramai menyokong Gaza dengan menyumbang kepada usaha bantuan kemanusiaan serta berkongsi maklumat berkenaan situasi sebenar di Gaza.
"Adalah penting untuk kita bersuara dan memastikan dunia tahu hakikat sebenar tentang keadaan yang amat genting di Gaza," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysian Humanitarian Aid And Relief
#MAHAR
#Gaza
#krisis kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan