awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Malaysia 2026: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal Malaysia mara ke separuh akhir
Gelombang serangan kedua di Venezuela mungkin tidak diperlukan - Presiden Trump
Amerika akan tentukan syarikat minyak yang boleh beroperasi di Venezuela - Donald Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahasiswa maut dalam perjalanan ke kampus

Bernama
Bernama
02/12/2024
08:47 MYT
Mahasiswa maut dalam perjalanan ke kampus
DSP Ahmad Jamil Radzi berkata dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, Muhammad Irfan Roslan, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. - Foto: Sinar Harian
JASIN: Seorang mahasiswa maut ketika dalam perjalanan ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Jasin selepas motosikal ditunggang bertembung sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Kilang Berapi, Merlimau di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi berkata dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, Muhammad Irfan Roslan, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
"Siasatan awal mendapati motosikal dipandu mangsa dipercayai terbabas dan masuk ke arah jalan bertentangan sebelum terlanggar SUV berkenaan yang datang dari arah Jasin menghala ke Merlimau.
"Pemandu SUV berkenaan yang juga seorang kontraktor berusia 39 tahun tidak mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata anak keempat daripada lima beradik itu merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan Maklumat Komputer di universiti berkenaan.
Mayat di bawa ke Hospital Jasin untuk bedah siasat manakala kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mahasiswa maut
#motosikal terbabas
#uitm jasin
#kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan