KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memperlihatkan momentum pertumbuhan luar biasa yang teguh dengan rekod pergerakan penumpang berjumlah 11 juta pada Februari 2024 walaupun pada bulan yang lebih singkat.
Pengendali lapangan terbang itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata angka itu melebihi paras Februari 2019 sebanyak 3.3 peratus.
Menurut MAHB pertumbuhan teguh itu disumbangkan oleh beberapa faktor, antaranya cuti sekolah selama sebulan, Festival Musim Bunga Cina selama lapan hari, pengecualian visa untuk tempoh 30 hari bagi China dan India, pengenalan syarikat penerbangan baharu dan kekerapan tambahan, serta perayaan Tahun Baru Cina dan acara Routes Asia di Langkawi.
"Pergerakan penumpang antarabangsa turut mencatatkan paras tertinggi baharu melebihi paras 5 juta untuk bulan kedua berturut-turut sebanyak 5.8 juta penumpang, peningkatan dua angka sebanyak 12.8 peratus berbanding Februari 2019.
"Pergerakan penumpang domestik turut memberangsangkan, mencatatkan 5.2 juta penumpang dan mencapai kadar pemulihan yang tinggi sebanyak 94.5 peratus," katanya.
MAHB berkata secara keseluruhan, lapangan terbang Malaysia merekodkan trafik yang berdaya tahan, mencecah paras tertinggi baharu sebanyak 7.8 juta penumpang, dengan kadar pemulihan yang luar biasa berjumlah 95.8 peratus, melepasi 90 peratus untuk kali pertama.
Sementara itu, purata pergerakan penumpang antarabangsa harian sekali-sekala melebihi paras pada Februari 2019, menunjukkan kemajuan yang signifikan.
Pelaksanaan kemasukan tanpa visa selama 30 hari mulai 1 Dis 2023, menyumbang dengan signifikan terhadap kadar pertumbuhan yang besar, masing-masing sebanyak 86 peratus dan 90 peratus penumpang dari China dan India berbanding paras 2019.
Sementara itu, trafik Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (SGIA) bagi Februari 2024 kekal teguh, mengalami pertumbuhan 27.4 peratus berbanding paras 2019 dan melebihi jumlah penumpang pada Januari 2024 sebanyak 0.2 peratus, mencecah 3.2 juta penumpang.
Perjalanan antarabangsa terus menjadi pemacu utama pertumbuhan, memperlihatkan peningkatan mengagumkan 86.0 peratus berbanding Februari 2019 dan kenaikan 31.9 peratus berbanding Februari 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 15 2024
Antara faktor penyumbang rekod penumpang adalah cuti sekolah selama sebulan, Festival Musim Bunga Cina selama lapan hari, pengenalan syarikat penerbangan baharu dan kekerapan tambahan. - Bernama
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Konsortium diteraju Khazanah dan KWSP tiada rancangan berhentikan pekerja MAHB
Kosnosrtium diterajui Khazanah dan KWSP mengesahkan tidak ada sebarang rancangan memberhentikan pekerja susulan langkah menjadikan MAHB syarikat persendirian.
Konsortium diterajui Khazanah, KWSP umum tawaran bersyarat bagi MAHB
Gateway Development Alliance dan para pemegang sahamnya (secara bersama dikenali sebagai konsortium) mengumumkan tawaran sukarela prasyarat bagi mengambil alih semua saham dalam MAHB.
Kemungkinan penstrukturan semula MAHB akan beri manfaat kepada negara - Ahli ekonomi
Kemungkinan penstrukturan semula ekuiti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memberi manfaat kepada negara.
MAHB lantik Nungsari sebagai pengerusi, Zainun sebagai pengarah
Dalam kenyataan hari ini, MAHB berkata Nungsari mempunyai pengalaman luas dalam industri penerbangan.
Perkhidmatan jet di Subang mula beroperasi pada suku ketiga 2024 - Menteri Pengangkutan
Perkhidmatan jet di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang akan mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Proses pendigitalan kendali penumpang MAHB dijangka siap menjelang 2025 - MOT
Inisiatif yang dijangka dilaksanakan sepenuhnya pada 2025 itu turut meliputi pemasangan kios layan diri dan perkhidmatan bagasi layan diri secara berperingkat.
Perjanjian operasi baharu MAHB dan kerajaan kukuhkan prospek pendapatan - Penganalisis
Perjanjian operasi (OA) antara Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan kerajaan yang dimeterai baru-baru ini dilihat dirancang dengan baik untuk melindungi pendapatan dan aliran tunai MAHB.
MoT sasar siapkan projek Aerotren KLIA menjelang akhir tahun ini - Loke
Beliau berkata, projek berkenaan sedang dilaksanakan memandangkan kontrak itu telah dirundingkan semula dan konsortium yang menjalankan projek itu telah ditubuhkan.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
MAHB dijangka jana hasil tinggi daripada semakan semula dasar PSC - HLIB
HLIB yakin ia akan beri impak positif kerana ia menambah baik aliran tunai dan membolehkan perbelanjaan modal perbelanjaan lebih tinggi.