awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APG edisi ke-13 melabuhkan tirai, jumpa di Malaysia pada 2027
Sekurang-kurangnya 20 maut akibat ribut musim sejuk di AS
APG 2027: MPM jamin klasifikasi telus, piawaian antarabangsa di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAHB diarah periksa infrastruktur elektrik KLIA2 - Loke

Bernama
Bernama
29/08/2025
22:00 MYT
MAHB diarah periksa infrastruktur elektrik KLIA2 - Loke
Pada Khamis, MAHB mengesahkan satu kejadian gangguan bekalan elektrik sementara di Terminal 2 KLIA susulan insiden lampau kilat melibatkan penyambungan kabel. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) diarah memeriksa semula keseluruhan infrastruktur elektrik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memastikan operasi tidak terganggu lagi sekiranya berlaku insiden luar jangka.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata langkah itu penting susulan siasatan awal mendapati punca gangguan bekalan elektrik di KLIA Terminal 2 pada Khamis berpunca daripada pendawaian dan kabel yang terbakar akibat pemanasan lampau.
"Saya telah mengarahkan MAHB untuk melihat kembali keseluruhan infrastruktur elektrik supaya apa sahaja berlaku, operasi kita tidak terganggu dan juga kuasa elektrik akan sentiasa dapat dibekalkan.
"Apa yang penting ialah kita nak pastikan supaya sistem sokongan mesti diaktifkan dalam keadaan segera, dalam apa juga keadaan. Mereka mengambil masa 28 minit untuk kembalikan kuasa elektrik, itu sesuatu yang terlalu panjang dan sukar untuk diterima," katanya menerusi hantaran video di Facebook beliau semalam.
Pada Khamis, MAHB mengesahkan satu kejadian gangguan bekalan elektrik sementara di Terminal 2 KLIA susulan insiden lampau kilat melibatkan penyambungan kabel.
MAHB bagaimanapun memberi jaminan bahawa operasi lapangan terbang tidak terjejas kerana sistem penting terus berfungsi tanpa gangguan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KLIA2
#MAHB
#Anthony Loke Siew Fook
#gangguan bekalan elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan