awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Gaza terus bermandi darah ketika Israel serang Iran, angka korban kini hampir 56,000
DUNIA
Parlimen Iran akan luluskan rang undang-undang gantung kerjasama dengan IAEA
MALAYSIA
Kemalangan pesawat TUDM: CN-235 alami masalah 'nose landing gear'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Mahkamah benar permohonan Na'imah gantung sementara perintah beku aset di London

Bernama
Bernama
23/06/2025
08:10 MYT
Mahkamah benar permohonan Na'imah gantung sementara perintah beku aset di London
Mahkamah menetapkan 9 Julai ini bagi mendengar permohonan Na'imah untuk menjadi pencelah dalam permohonan pembekuan aset terbabit. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid untuk menggantung sementara perintah pembekuan aset milik beliau dan keluarganya yang bernilai GBP132 juta di London oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ringkasan AI
  • Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid untuk menggantung sementara perintah pembekuan aset bernilai GBP132 juta di London oleh SPRM, termasuk bangunan komersial, kediaman mewah dan akaun bank yang dikaitkan dengan The Ilham Foundation.
  • Na'imah juga memohon untuk menjadi pencelah dalam dua kes pembekuan aset satu di London dan satu lagi melibatkan 12 akaun pelaburan di Singapura bernilai lebih RM544 juta, yang didakwa tidak diisytiharkan kepada SPRM.
  • SPRM membuka lapan kertas siasatan berdasarkan maklumat baharu daripada agensi luar berkaitan pemilikan aset Allahyarham Tun Daim Zainuddin, keluarga dan proksi, dengan siasatan dijalankan di bawah Akta AMLATFPUAA 2001.

Aset terbabit ialah dua bangunan komersial di St Mary Axe dan One Crown Court, tiga kediaman mewah di Bryanston Square, Bryanston Mews dan Lancaster Gate serta dua unit di Gloucester Place dan satu akaun bank CAF Bank Limited (UK) yang didakwa milik The Ilham Foundation.
Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan tersebut selepas membenarkan permohonan isteri Allahyarham Tun Daim Zainuddin itu yang diwakili peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar.
Mahkamah menetapkan 9 Julai ini bagi mendengar permohonan Na'imah untuk menjadi pencelah dalam permohonan pembekuan aset terbabit.
Pada 3 Jun lepas, mahkamah berkenaan membenarkan permohonan SPRM secara ex parte untuk membekukan aset terbabit mengikut Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).
Di Mahkamah Tinggi berasingan, Hakim K. Muniandy menetapkan 1 Ogos bagi mendengar permohonan Na'imah untuk menjadi mencelah terhadap permohonan SPRM bagi membekukan 12 akaun pelaburan di Singapura yang didakwa milik beliau, keluarga dan sekutunya bernilai lebih RM544 juta.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Mohd Afzal memohon mahkamah membenarkan permohonan SPRM secara ex parte bagi mendapatkan perintah untuk membekukan harta terbabit (12 akaun pelaburan) selepas agensi antirasuah itu mendapati ia tidak pernah diisytiharkan.
"Jumlah harta alih itu melebihi RM544 juta iaitu daripada pelaburan dalam USD dan paun sterling. Oleh itu, kami mohon permohonan ini didengar dan harta ini perlu disekat untuk elak risiko dilupuskan," katanya.
Pada 22 Mei lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata lapan kertas siasatan telah dibuka berdasarkan maklumat baharu yang diterima daripada agensi luar berkaitan harta pemilikan Daim serta keluarga dan proksi.
Azam berkata maklumat terbaharu menunjukkan pemilikan aset Daim, keluarga dan sekutunya tidak diisytiharkan kepada SPRM semasa siasatan pada 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tun Daim
#Na'imah Abdul Khalid
#pembekuan aset
#London
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami