awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Persekutuan kekalkan keputusan, arah KDN pulangkan buku Zunar

Astro Awani
Astro Awani
11/11/2015
07:22 MYT
Mahkamah Persekutuan kekalkan keputusan, arah KDN pulangkan buku Zunar
Pengharaman ke atas dua buku Zunar itu pernah ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada Oktober tahun lepas.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Rabu telah diarahkan untuk memulangkan semula buku-buku karya kartunis Zunar atau Zulkiflee Anwar Ulhaque yang telah dirampas pada 2010.
Ia susulan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan pembatalan larangan terhadap dua buah buku beliau, iaitu '1Funny Malaysia' dan 'Perak Darul Kartun'.
Mahkamah juga mengarahkan kerajaan membatalkan larangan tersebut, selepas menolak rayuan kementerian terbabit.
Keputusan itu dibuat sebulat secara suara oleh panel lima hakim, yang diketuai Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif.
Panel tersebut membuat keputusan selepas mendengar hujah Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bol Hassan yang mewakili KDN.
“Tidak ada merit dalam rayuan (ini). Kami (mahkamah) bersetuju dengan mahkamah rayuan, jadi rayuan (KDN) ditolak,” kata Rauf seperti yang dipetik portal tersebut.
Zunar diwakili oleh peguam K Shanmuga, tetapi beliau tidak hadir di mahkamah kerana dimaklumkan sedang berada di luar negara.
Terdahulu, KDN mengharamkan buku tersebut pada 25 Mei 2010 bawah Seksyen 7 Akta Penerbitan dan Mesin Cetak kerana dilihat 'menjejaskan ketenteraman awam'.
Pengharaman ke atas dua buku terbitan Malaysiakini dan syarikat Zunar, Sepakat Efektif Sdn Bhd itu juga pernah ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada Oktober tahun lepas.
Topic Berkaitan
#Buku
#KDN
#Mahkamah Persekutuan
#Zulkiflee Anwar Ulhaque
#ZUNAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan