KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak afidavit yang difailkan oleh pihak pendakwaan yang mengatakan bahawa UMNO mempunyai akaun yang tidak didedahkan khusus bagi menerima sumbangan politik dalam saman pelucuthakan yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ia selepas Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan oleh peguam utama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan peguam UMNO, Datuk Hariharan Tara Singh bagi mengetepikan afidavit itu.
Hakim Muhammad Jamil dalam keputusan ringkasnya berkata afidavit itu difail semasa di peringkat hujahan dan akan mengakibatkan prejudis kepada tuntutan pihak ketiga, yakni Najib dan UMNO.
“Ia difail selepas semua afidavit lain difailkan dan tanpa penangguhan oleh mahkamah.
“Sehubungan itu, saya menetapkan bahawa afidavit itu tidak boleh digunakan dan saya tidak akan menganggap afidavit itu sebagai sokongan. Tan Sri Shafee boleh meneruskan hujahan,” kata hakim itu pada sesi pendengaran oleh kerajaan bagi memohon pelucuthakan RM114,164,393.44 dan barang kemas yang dirampas daripada premis yang dimiliki olah Obyu Holdings Sdn Bhd.
Afidavit berkenaan adalah penting bagi saman pelucuthakan berkaitan 1MDB yang dibawa oleh pihak pendakwaan terhadap Obyu Holdings.
Pada 10 Februari lepas pihak pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi berpendapat bahawa UMNO mempunyai akaun rahsia yang tidak diaudit bagi menerima sumbangan politik yang dianggapnya sebagai satu kesalahan di bawah Akta Pertubuhan 1996.
Dalam hujahan bertulis saman berkenaan, pihak itu mendakwa ini kerana beberapa pemimpin UMNO sendiri menafikan mereka tahu mengenainya.
Obyu Holdings dimiliki oleh Tan Sri Bustari Yusof, yakni adik lelaki Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof yang mempunyai hubungan rapat dengan Najib.
Pihak pendakwaan memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap Obyu Holdings bagi menyita pelbagai barang termasuk 11,991 unit barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 jam tangan aksesori, 234 pasang cermin mata dan 306 beg tangan serta wang tunai dalam pelbagai denominasi berjumlah RM114,164,393.44.
Wang dan barang kemas itu dirampas oleh pihak berkuasa kerana didakwa terlibat dengan skandal dana 1MDB.
Pada 3 September 2019, Najib adalah antara yang memohon untuk menjadi pihak ketiga bagi menuntut aset dan wang yang disita oleh pihak berkuasa dari Pavilion Residence di Kuala Lumpur pada 2018 yang didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1MDB
Pihak-pihak lain termasuk isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, UMNO dan firma barangan kemas Global Royalty Trading SAL.
Penghujahan di hadapan hakim Muhammad Jamil bersambung Isnin. - Bernama
Bernama
Thu Mar 11 2021
Hakim Muhammad Jamil dalam keputusan ringkasnya berkata afidavit itu difail semasa di peringkat hujahan dan akan mengakibatkan prejudis kepada tuntutan pihak ketiga, yakni Najib dan UMNO.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ejen insurans didakwa merompak, cederakan mangsa
Seorang ejen insurans didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini kerana merompak dan mencederakan seorang lelaki di Kepong, dua bulan lalu.
Tertuduh, Mohammad Hasbullah Mustafa Kamal, 33, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Hamidah Mohamed Deril.
Tertuduh, Mohammad Hasbullah Mustafa Kamal, 33, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Hamidah Mohamed Deril.
PM Anwar jamin tindakan tegas terhadap pelampau
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap gerombolan pelampau yang mahu mengeruhkan keadaan dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Ceroboh hutan Raub: Tindakan penguatkuasaan berdasarkan bukti - MB Pahang
Tindakan penguat kuasa menahan dua individu yang didakwa menceroboh kawasan hutan di Raub semalam dibuat berdasarkan bukti kukuh, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Mahkamah tolak permohonan pemilik akaun media sosial mulakan semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi menolak permohonan pemilik akaun media sosial untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
SC menang saman sivil dagangan orang dalam, dapat RM2.015 juta
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah memenangi saman sivil dagangan orang dalam terhadap ketua pegawai eksekutif GW Plastics Holdings Bhd dan rakannya.
Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.
Dua lelaki warga Myanmar bebas tuduhan bunuh penyelia
Keputusan itu diperolehi setelah mendengar keterangan saksi dan membaca hujahan kedua-dua pihak.
Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati
Lim yang gembira dengan keputusan mahkamah sempat berterima kasih kepada peguam, K Mahendran, sebaik keputusan pendakwaan dibacakan hakim.
Muhyiddin mohon kebenaran cabar keputusan Mahkamah Rayuan
Muhyiddin memfailkan notis usul di pejabat pendaftar, Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melalui Tetuan Chetan Jethwani & Company.
Tugas dan peranan saya hanya pada nama - Bekas Pengarah SRC
Seorang bekas pengarah SRC International Sdn Bhd mengulangi di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa tugas dan peranannya di syarikat pelaburan strategik negara itu hanya wujud pada nama.