awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah tolak permohonan Daim, keluarga cabar siasatan SPRM

Astro Awani
Astro Awani
04/03/2024
08:05 MYT
Mahkamah tolak permohonan Daim, keluarga cabar siasatan SPRM
Selain Daim dan isterinya, turut dinamakan sebagai pemohon ialah empat anak mereka iaitu Asnida, Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin serta Ilham Tower Sdn Bhd. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan keluarganya gagal dalam usaha mereka mencabar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mereka.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh memutuskan untuk menolak permohonan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman yang dibuat Daim dan keluarganya.
Wan Ahmad Farid memutuskan bahawa pemohon gagal menunjukkan bahawa terdapat mala fide (niat jahat) dalam siasatan SPRM terhadap mereka, dengan menyatakan bahawa hanya syak wasangka mala fide tidak memadai.
Menurut Wan Ahmad Farid, Daim dan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid hanya perlu memfailkan permohonan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur (jenayah) untuk mencabar pertuduhan berkenaan.
Permohonan terbabit difailkan Daim melalui firma guaman, Tetuan Tommy Thomas di Mahkamah Tinggi pada 10 Januari lalu.
Selain Daim dan isterinya, turut dinamakan sebagai pemohon ialah empat anak mereka iaitu Asnida, Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin serta Ilham Tower Sdn Bhd, manakala SPRM dan Pendakwa Raya selaku responden.
Topic Berkaitan
#Daim Zainuddin gagal fail permohonan
#Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#cabar pertuduhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan